About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(127)
-
►
May
(23)
- Kisah Bukit Kepong Masih Dalam Ingatan
- Menanti di Penanti, Akhirnya PKR Memenangi
- Mama Dapat Tukar Tempat Kerja
- Apa Beza Cerita-cerita Zaman Dahulu dan Sekarang?
- Happy Birthday !!!
- 18 Mei, UKM 39 Tahun.
- No More Pondok Panas. OK !!!
- Design Logo - Mumtaz Consultant
- Not Approved - Prayer For Muslim Staff During Offi...
- Adakah Ianya Satu Galakan?
- Bersatu !!!!!
- DUN N.12 Penanti, Pulau Pinang
- Kewajipan Berwasiat, Bertaubat Sebelum Tidur
- Ucapan Muhyidin Semasa MAGAJ @ UKM
- Hari Guru & Hari Jururawat Sedunia
- Selamat Hari Lahir Mama & Selamat Hari Ibu
- Satu Sekolah Untuk Semua
- Friendship Award
- Entrepreneurship & Youth - A Learning Network 2009...
- Runtuh BN, Tegaklah Politik Baru
- Aeman - Anak Soleh
- Bowling @ Metro Point Kajang
- Hari Ibu ... Jom Hayati Video Ini
-
▼
January
(23)
- Majalah Rio
- Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
- Omar Khayyam
- General Hospital Kuala Lumpur Kekurangan Sumber Ma...
- Tahniah Buat Mama
- Design Baju XPDC Gunung Datuk
- Konsert Dikir Barat UKM 2009
- Kita Tidak Agresif Dalam Usaha Memboikot Produk / ...
- Kemenangan PAS, Kekalahan BN Di Kuala Terengganu
- Boycott Israel Products
- Keputusan PRK UKM 20082009
- Song For GAZA
- Politik Kampus di UKM Suram
- Siapa Yahudi ? Siapa Orang Islam ?
- Israel Terus Bermaharajalela
- Qunut Nazilah
- Selamatkan GAZA
- Ingin Beli Kuih, Biskut @ Dodol?
- Novel Mantera Hitam
- Gelombang Keadilan
- Save IJN
- Youth'09
- 2009 ...
-
►
May
(23)
My Blog List
-
-
SOUND BITES - PROTON2 days ago
-
Program Lunas Harapan4 weeks ago
-
Link
Pertama kali dengar? Memang betul. Ianya baru berada di pasaran pada bulan Januari.
Penulisnya adalah sahabat saya, Ubaidillah. InsyaALLAH sama-sama kita menyokong. Murah sahaja RM 2.
Tak jumpa? Boleh ajukan pada Ubai di blog majalah Rio. Terima kasih.
...
Posted by mie Links to this post
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
0 comments Published by mie on Sunday, January 25, 2009 at 12:36 PMGong Xi Fa Cai !
Posted by mie Links to this post
Omar Khayyam? Kenapa Omar Khayyam? Apa yang dia buat?
Inilah yang sedang diusahakan oleh saya untuk menghasilkan sebuah tesis bagi memenuhi syarat untuk ijazah saya. InsyaALLAH saya tidak akan jemu-jemu mencari dan akan terus mencari serta menjalankannya. Kalau cari tapi tak buat masalah juga.
Mungkin ada pautan-pautan atau buku-buku yang berguna mengenai Omar Khayyam bolehlah berkongsi dengan saya. Saya mungkin amat memerlukannya. Dari segi journal pun bagus. InsyaALLAH.
Cuti ini akan saya habiskan masa untuk mula menulis bab 1 iatu pengenalan. Pengenalan ini lebih kepada sejarah hidup Omar Khayyam secara keseluruhan. Dan seterusnya. Doakan agar saya berjaya. InsyaALLAH.
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, Islam, Matematik, Melayu, Universiti
Mana taknya, sehingga 5 jam perlu tunggu untuk keluar dari wad !!!
Satu tempoh yang amat panjang. Alasan yang diberikan, amatlah tidak logik. Betul...
Alasannya, summary report kena buat (panjang-mengambil masa yang lama untuk siapkan), surat cuti sakit, doktor batu sahaja jumpa tadi, kakitangan kami tak cukup, ubat dari farmasi lambat (kalau cepat nanti saya buatkan), pegawai tiada.
Apa kata pesakit???
Semua kat sini malas bekerja, asyik berborak sahaja. Kita dah sakit pun tanya lagi.
Mereka malas kerja, hospital kerajaan.
Pendapat saya pula, kerajaan haruslah mengambil tindakan. Bagaimana sistem di hospital kerajaan dapat dipercepatkan supaya kepercayaan orang terhadap hospital kerajaan pulih. Ini tidak, semakin lama semakin menjadi-jaid.
Mungkin di pihak atasan ada membuat sesuatu terhadapnya, akan tetapi orang bawahan pula yang tidak berubah dan juga sebaliknya. Di manakah salahnya? Adakah sistem yang salah? Siapa yang buat sistem?
Kalau kita nak kira salah memang banyak, dan tidak dapat dinafikan. Tapi apakah jalan penyelesaian yang bagus untuk kita kongsikan kepada kerajaan supaya kelak kita dapat menikmati perkhidmatan yang berkualiti setanding dengan swasta.
Mungkin gaji menjadi penyebab ya?
Atau apa ya?
Posted by mie Links to this post
Mama seorang yang rajin, berdedikasi dalam tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Tidak perlu untuk aku lihat jauh, sedangkan mama adalah contoh yang terbaik untuk aku teruskan perjuangan sebagai seorang anak. InsyaALLAH.
Mama seorang yang peramah, tegas dan adil dalam tugas sehariannya.
Di rumah, walaupun penat, mama sentiasa mengambil tahu dan juga ada menasihati kami adik beradik. Tidak kisah di mana sahaja, mulutnya akan terus menasihati, menegur dan berpesan.
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH.
Semoga mama akan terus berjaya dan lebih maju kehadapan dalam kerjayanya. Kami adik beradik akan terus menyokong mama dari belakang.
Semoga mama panjang umur dan murah rezeki. InsyaALLAH.
Tahniah mama !!!
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, Family a.k.a Keluarga, Malaysia, Melayu, Pemimpin
30/01 - 01/02 2009
Persatuan Mahasiswa Anak Johor
(PERMAJ) UKM
"Belantara Mendidik Jiwa"
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, Pemimpin, PERMAJ, Program, Universiti
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM.
Artis Dikir Barat ;
Meli Mahligai
Jen Endoro
Ami Intan Berlian
Ismail Baju Jarang
Shabini
Pendikir jemputan ;
Sri Perindu (UiTM)
"Merakyatkan Seni Budaya Bangsa"
... masuk adalah percuma ...
Keterangan lanjut Tunas Warisan Artisukma UKM @ Pusat Kebudayaan UKM
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, Program, Universiti
Kita Tidak Agresif Dalam Usaha Memboikot Produk / Barangan Amerika, Israel
4 comments Published by mie on at 8:00 AMSaya amat setuju, apabila usaha kita menampakkan seperti hangat-hangat tahi ayam. Semua berkobar-kobar dalam demonstrasi. Ya, kita mesti boikot.
Tapi apa yang kita lihat hari ini, sikap kita sebenarnya. Kita yang tidak mahu berubah. Perubahan haruslah bermula dari diri kita sendiri, bukannya pada orang lain. Isu memboikot produk / barangan sudah lama sebenarnya.
Ia menjadi ketara apabila serangan Israel kepada rakyat Palestin terus menjadi-jadi.
Apa yang berlegar di minda kita sebenarnya? Betulkah kita ingin membantu dari segi kemanusian? Terseksa mereka disana, sedangkan kita bersenang lenang? Dimanakah niat kita? Sebagai seorang Islam, bagaikan saudara. Akan tetapi, apa yang kita lakukan?
Dari segi konteks makanan dan minuman adalah paling ketara, tidak susah jika kita berubah selera kita. Jika dengan cara inilah, kita dapat membantu sesama kita.
Dari segi barangan pula, ia tidak mustahil. Memerlukan kekuatan dari diri kita.
Apa yang penting ialah permulaannya dari diri kita sendiri. Bukan dari orang lain.
Jangan kita sempitkan pemikiran kita.
Semoga ALLAH memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua. Dan marilah kita berdoa agar umat Islam di bumi Palestin selamat. InsyaALLAH (",)
Posted by mie Links to this post
Kemenangan PAS, Kekalahan BN Di Kuala Terengganu
6 comments Published by mie on Sunday, January 18, 2009 at 2:37 AMCalon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi dengan mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
Adakah ini suara kepada Pak Lah?
Adakah ini suara kepada perubahan kuasa yang dijanjikan?
Apakah ini yang diharapkan oleh rakyat?
Benarkah PR menjaga kebajikan rakyat?
1 kerusi parlimen sudah hilang, tinggal lagi 137. Apakah tindakan BN selepas ini?
Pergolakan dalam BN belum lagi selesai. Mungkin perlu selesaikan dahulu satu persatu.
Janji Anwar, selepas sahaja PAS menang akan tubuh kerajaan baru. Apakah ini masih benar? Rakyat masih lagi berharap kepada Anwar? Setelah pelbagai janji yang ditabur? Selepas satu per satu tinggal begitu sahaja.
Tidak juga salah kepada PR, dua-dua mungkin bersalah. Rakyat pening dengan permainan pollitik mereka. Semakin hari semakin kucar kacir.
Kemenangan PAS pada kali ini, membawa seribu erti kepada BN.
Ramai yang turun menyokong. Duit semua habis ditabur. Royalti diberi. Institusi juga ada nama Datuk Razali. Apa lagi ya?
Tapi rakyat tidak terpengaruh. Majoriti agak besar pada kali ini berbanding dengan kemenanga arwah Datuk Razali.
Soalan ini bermain-main diminda. Mengapakah nama Datuk Razali diabadikan?
Orang lain?
Maaf, mungkin ianya agak sensitif.
Apa pun kita tengok selepas ini bagaimana.
Selangor nak beli kereta Camry. Bergaya betul pemimpin-pemimpin PR.
Tidak kurang pemimpin-pemimpin BN. Rakyat juga terlopong. Yang kaya tiada masalah. Yang miskin dan kurang pendapatan mungkin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Siapa tahu?
Posted by mie Links to this post
Keadilan !!!
Hidup, hidup !!!
Hidup Palestin !!!
Hancur, hancur !!!
Kezaliman !!!
Hancur, hancur !!!
Hancur Israel !!!
YaALLAH, Kau selamatkan saudara-saudara Islam di bumi Palestin.
...Doa Qunut Nazilah...
Posted by mie Links to this post
F2.6 / FEP MOHD HAMZAH BIN ZAINUL ABIDIN (A122317) - 805
F2.6 / FEP LOW WENG WAI (A116449) - 693
F2.6 / FEP NUR RAHMAH BINTI OMAR (A117563) - 300
F2.6 / FEP AHMAD MUZZAMMIL BIN MUHD HAIRI (A123455) - 266
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 2 Jumlah Undi Rosak : 34
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.8 / FEP MOHAMAD NASIR BIN MOHAMED NAZRI (A110292) - 364
F3.8 / FEP MOHD FIRDAUS BIN AHMAD @ ABDUL RAHMAN (A111894) - 165
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 5
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F0.23 / FFAR MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID (A116993) - 185
F0.23 / FFAR CHUAH BAN LIM (A122188) - 165
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 1
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.17 / FKAB SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI (A118678) - MTB
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak :
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.14 / FPEND MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL (A116422) - 364
F2.14 / FPEND MOHD FAIZEE AZWAR BIN MD ARIFFIN (A121744) - 142
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 10
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.15 / FPEND AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN (A112590) - 493
F3.15 / FPEND LIM YAN SHIANG (A111052) - 117
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 10
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.9 / FPI MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF (A121177) - MTB
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak :
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.10 / FPI MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD (A111492) - MTB
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak :
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F0.22 / FGG AZMEER BIN ROSLY (A115168) - 183
F0.22 / FGG ANITH FARHANA BINTI NADZIRIN (A104233) - 88
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 26
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.4 / FPER MUHAMMAD SHAMIL BIN SUHAIMI (A116918) - 363
F2.4 / FPER MOHAMAD IDRUL BIN MOHAMAD DAUD (A122539) - 201
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 4
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.5 / FPER WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN (A114877) - 320
F3.5 / FPER TEO BIN HOO (A113891) - 268
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 3
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.19 / FSKB MOHD HELMI BIN YAZID (A118864) - 536
F2.19 / FSKB RADHIAH BINTI KHAIRON (A118077) - 189
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 14
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.20 / FSKB NUR HAMIZAH BINTI OTHMAN (A114411) - 317
F3.20 / FSKB MUHAMMAD KAMIL BIN ABDUL RAHIM (A115268) - 178
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 15
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.1 /FSSK NORLIANA BINTI AZHAR (A122029) - 651
F2.1 /FSSK MURUGADAS A/L GUNASEELAN (A118257) - 609
F2.1 /FSSK MOHD HARISZUAN BIN JAHARUDIN (A120630) - 515
F2.1 /FSSK RABUNAH BT AHMAD (A119448) - 409
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 2 Jumlah Undi Rosak : 48
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.3 /FSSK NOR INTAN ZANARIAH BINTI ABD AZIZ (A112244) - 245
F3.3 /FSSK MOHD YASIN BIN MOHD YUNUS (A112795) - 228
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 14
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F2.11 / FST MOHD RASHIDI B ISMAIL (A119609) - 1269
F2.11 / FST WOO JUIN ONN (A119417) - 1073
F2.11 / FST MUHAMAD WALIYUDDIN BIN BAHARUDIN (A119332) - 849
F2.11 / FST MOHAMED HAKIM BIN ZULKAFLI (A118973) - 677
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 2 Jumlah Undi Rosak : 71
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F3.13 / FST MOHD ARIF BIN MISROL (A115327) - 333
F3.13 / FST LAI WEI SIENG (A110675) - 302
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 10
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F0.21 / FTSM MUHAMMAD REZWAN SHAH BIN RUSMI (A114401) - 361
F0.21 / FTSM NOORIZAN BINTI MOHAMED HASNAN (A121185) - 114
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 7
Kod Kawasan / Nama Kawasan
F0.16 / FUU PHOON KAR LIANG (A112979) - 183
F0.16 / FUU MOHD HAZWAN BIN HAMIDUN (A116525) - 156
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 1 Jumlah Undi Rosak : 6
Kod Kawasan / Nama Kawasan
U2.24 / Umum SARFARIZMAL BIN MD SAAD (A117977) - 5114
U2.24 / Umum NUR FHATHYHAH BINTI RAZALI (A120157) - 5060
U2.24 / Umum DESMAYANTI BINTI KHAIDIR (A116323) - 4493
U2.24 / Umum HUAN CHIN GUAN (A119699) - 4023
U2.24 / Umum LIM HOOI SHAN (A117530) - 3999
U2.24 / Umum LIM YANG CHAO (A120499) - 3873
U2.24 / Umum MOHD HAFIZ BIN ABDUL RAZAK (A126361) - 3344
U2.24 / Umum MUHAMMAD SYAFIQ BIN A. AZIZ (A121208) - 3213
U2.24 / Umum MOHD ZAKI BIN JAAFAR (A120679) - 3144
U2.24 / Umum NABILAH BINTI MOHAMAD MAIYIDIN (A116923) - 3119
U2.24 / Umum NOR LIYANA BT AHMAD (A119823) - 3000
U2.24 / Umum OU YONG KOH BENG (A120730) - 2235
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 6 Jumlah Undi Rosak : 636
Kod Kawasan / Nama Kawasan
U3.30 / Umum MOHD FAEZ BIN MAT ZIN (A112128) - 2432
U3.30 / Umum HISYAMUDDIN BIN CHE ALI (A111849) - 2372
U3.30 / Umum SURIANI BINTI DING (A112980) - 2356
U3.30 / Umum SITI NAZIHAN BINTI HJ ABD RAHMAN (A111596) - 2200
U3.30 / Umum MOHD FIKAH BIN SANUSI (A112913) - 2196
U3.30 / Umum ZULKARNAIN BIN ABDULLAH ZAWAWI (A112450) - 2098
U3.30 / Umum INTAN NORJAHAN BINTI AZMAN (A112055) - 1982
U3.30 / Umum NOOR 'ADILAH BINTI KAMARUDIN (A114138) - 1906
U3.30 / Umum AHMAD NAZIF BIN HAMIDUN (A111706) - 1885
U3.30 / Umum FONG MUN FEI (A111005) - 1824
Bilangan Kerusi dipertandingkan : 5 Jumlah Undi Rosak : 426
**
MTB - Menang Tanpa Bertanding
FEP - Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
FFAR - Fakulti Farmasi
FKAB - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
FPEND - Fakulti Pendidikan
FPI - Fakulti Pengajian Islam
FGG - Fakulti Pergigian
FPER - Fakulti Perubatan
FSKB - Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
FSSK - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian
FST - Fakulti Sains dan Teknologi
FTSM - Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat
FUU - Fakulti Undang-undang
***
Pihak pro-aspirasi memenangi 21 kerusi.
Pihak pro-mahasiswa memenangi 12 kerusi.
Manakala 1 kerusi tidak dipertandingkan.
****
Kemerosoton kerusi yang dipegang oleh pro-aspirasi membawa tanda tanya?
Mengapa? Kenapa?
Serta peningkatan kerusi oleh pro-mahasiswa juga menjadi tanda tanya?
Apakah kesilapan yang dilakukan oleh pihak pro-aspirasi pada PRK UKM kali ini?
Betulkah suara mahasiswa/i sedang meningkat?
Atau ramai siswa/i tidak berpuas hati dengan keadaan semasa?
Tidak berpuas hati semasa tampuk pemerintahan pro-aspirasi?
Betulkah tindakan pihak pentadbiran UKM @ kolej semasa PRK UKM?
Demokrasikah PRK pada kali ini?
Selepas ini adakah pihak pro-aspirasi akan terus berdiam diri setelah jawatan diberi?
Apakah tindakan pihak pro-mahasiswa setelah jawatan yang diberi?
Adakah pihak pro-mahasiswa akan menjadi seperti keadaan di luar sana?
Jangan masukkan politik luar ke dalam kampus. Menyusahkan semua pihak.
Idealogi tidak salah, tetapi ianya lebih elok jika semua bersatu.
Adakah janji-janji di dalam manifesto akan dilaksanakan? Atau ia hanya tinggal janji?
Siapa yang akan menjadi presiden PMUKM pada sesi ini?
Perempuan?
Lelaki?
Kemungkinannya? Susah untuk ditafsirkan. Tapi jika dilihat secara mata kasar, anda (pelajar UKM) sendiri boleh fikir.
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, Pemimpin, Universiti
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Download Song For GAZA
Ini hanyalah pendapat peribadi. Pada pendapat saya, politik kampus di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) pada tahun ini adalah suram.
Mungkin ianya kerana berlaku pada awal semester 2 sesi?
Atau kedua-dua pihak tidak mahu menunjukkan belang masing-masing?
Belang? Keegoan?
Pada kali ini susah untuk siswa/i meramalkan kemenangan pihak pro-aspirasi mahupun pihak pro-mahasiswa. Walaupun di UKM sekarang pro-mahasiswa telah memenangi 3 (tiga) kerusi tanpa bertandin. 2 (dua) di FPI (Fakulti Pengajian Islam) dan 1 (satu) di FKAB (Fakulti Alam Bina). Manakala 1 (satu) lagi kerusi di FKAB tidak di menangi oleh calon pro-mahasiswa kerana tidak mencukupi syarat yang telah ditetapkan, dan ianya dibatalkan.
Sekarang, sudah 4 (empat) kerusi telah hangus.
Tinggal tidak sampai 1 (satu) jam lagi untuk mengundi, kempen masih tetap dijalankan oleh semua pihak. Mungkin mereka sekarang masih lagi berjaga.
Cara berkempen kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun lepas. Ya betul, pihak kolej memberikan kebenaran kepada semua calon (pro-aspirasi & pro-mahasiswa) untuk bersuara di hadapan para siswa/i yang turun.
Pada tahun lepas, pro-mahasiswa menyerang kolej demi kolej bagi meraih sokongan para siswa/i di UKM. Setiap blok asrama dan flatlet ditembusi oleh pihak mereka. Pada masa yang sama pihak pro-aspirasi mempertahankan kolej masing-masing. Memang agak berbeza.
Sokongan demi sokongan dinyatakan kepada kedua-dua pihak sama pro-aspirasi @ pro-mahasiswa. Mereka mempunyai pengikut mereka sendiri. Idealogi mereka sangat berbeza antara dua pihak ini.
Pada kali ini juga sama, perbezaan idealogi jugalah penyebab kepada segala permasalahan. Walhal, pro-aspirasi mahupun pro-mahasiswa berjuang kerana mereka adalah mahasiswa/i. Demi kebajikan siswa/i lain. Mengapa tidak mereka bersatu menyatakan sokongan? Mengapa perlu bergaduh?
Sistem tidak adil di UKM? Itulah yang sering didengari oleh telinga siswa/i. Susah untuk dikomen. Kata ya susah, kata tidak pun susah. Masing-masing boleh menilai sejauh mana.
Pada tahun lepas, kemenangan diperolehi oleh pihak pro-aspirasi. Mereka (pro-aspirasi) memerintah tampuk PMUKM (Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia). Akan tetapi kemenangan mereka (pro-aspirasi) di sia-siakan oleh calon mereka sendiri. Kemenangan hanya kemenangan.
Mereka ada membuat program, itu dan ini. Tetapi tidak mendapat sambutan. Mengapa?
Dalam PMUKM tidak bersatu? Mengapa pula ini terjadi?
Walhal anda sendiri mempunyai manifesto itu dan ini. Mengapa tidak dilaksanakan?
Kesibukan mungkin. Ya, kita sibuk dengan belajar. Di universiti inilah titik tolak kita, sejauh mana kita boleh melangkah jauh ke hadapan.
Harapan pada tahun ini, dan juga semester terakhir di UKM.
Saya berharap dan beroda agar saya akan menamatkan pengajian pada semester ini. Fokus utama sekarang ialah menyiapkan tesis serta 3 (tiga) subjek lain.
Kepada calon-calon yang akan menang dan yang sudah menang (pro-aspirasi & pro-mahasiswa), jalankan tanggungjawab anda. Mungkin anda perlu bersatu didalam pemerintahan PMUKM, supaya perpaduan dan kerjasama anda sebagai pemimpin dapat dicontohi oleh para siswa/i yang lain. Jangan kita kecilkan minda kita, hanya kerana idealogi yang berbeza.
Ingat, kita semua harus bersatu.
InsyaALLAH (",)
Posted by mie Links to this post
Siapa Yahudi ? Siapa Orang Islam ?
1 comments Published by mie on Wednesday, January 14, 2009 at 8:35 AMSaya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan?
Begini tulisan beliau: Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.
Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Sumber dipetik dari Utusan Malaysia.
Berita selanjutnya di Utusan Malaysia.
Kekejaman Zionis harus dihentikan. Negara-negara Islam perlu bersatu. Jika tidak Palestin hanya tinggal nama. Zionis akan lebih bongkak. Sekutu mereka bergembira.
Bilalah dunia nak aman?
Abad 21 pun ada peperangan. Ini yang kita nampak. Yang kita tidak nampak?
Sama juga dengan kita di Malaysia, kita juga perlu bersatu. Bersatu ke arah tujuan yang sama, biarpun idealogi yang berbeza. Supaya kita juga tidak hilang di dunia.
Jangan kita berpecah belah, kita semua harus bersatu. Kukuhkan perpaduan kita. Kita memerlukan kekuatan untuk semua. Jangan kita mementingkan periuk nasi kita sahaja. Fikir juga mengenai orang lain.

Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami,
kami jadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh-musuh) kami,
dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami,
binasakanlah kesempurnaan mereka,
dan pecah-belahkanlah jemaah mereka,
dan gagapkanlah perkataan mereka,
goyahkanlah pendirian mereka,
dan hantarkanlah anjing-anjing ke atas mereka dari anjing-anjing Mu,
Wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Berani,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH.
Tuhan yang menurunkan Kitab (al-Quran),
Tuhan yang menjalankan awan,
dan Tuhan yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
Hancurkanlah mereka, dan bantulah kami ke atas mereka,
Amin. Amin. Amin Ya Rabbal A’lamiin..
Apa itu Qunut Nazilah?
Qunut Nazilah adalah do'a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir.
Tujuan Qunut Nazilah?
Mendo'akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mukminin
dan mendo'akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin.
Hukum dan Cara melakukannya?
Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat,
dilakukan sesudah ruku’ di raka'at terakhir pada solat wajib lima waktu berjemaah
dan hal ini dilakukan oleh Imam.
Posted by mie Links to this post

Bolehlah kiranya hubungi Sarah di talian 013-624 9318.
Banyak produk yang ditawarkan, insyaALLAH dapat memenuhi citarasa.
Antara produk yang ada :
- Almond Chocolate Chips
- Badam Square
- Sultana Square
- Corn Flakes Crispy
- Chocolate Chips
- Chocolate Cake
- Dodol Kacang Merah
- dll.
Sila layari laman web Zaisara untuk ketahui maklumat lanjut. Terima kasih.
Posted by mie Links to this post

Sinopsis
SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan ketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.
Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin.Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai. Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan.
Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah.Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.
MANTERA HITAM... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!
p/s : kata sf, bulan Januari (bulan nie) dah ada di pasaran. Oleh itu, apa lagi kawan-kawan. Macam seronok.. ehe~
Posted by mie Links to this post
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera...
Hingga pertiwi gapai sejahtera...
Hingga pertiwi gapai sejahtera...
Download Gelombang Keadilan
...
Posted by mie Links to this post
If you are interested in saving IJN from Sime Darby, please place this heart on your blog. Thank you.
"Rocky's Bru"
Posted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
Adakah ianya seperti tahun lepas ? Penuh dengan adegan politik. Para pemimpin di Parlimen asyik sahaja bergaduh, seperti di kedai kopi pula. Walhal mereka dipilih sebagai seorang wakil untuk menyuarakan kehendak dan apa yang akar umbi kehendaki. Jika ianya berterusan begini, sampai bila pun suara akar umbi tidak sampai ke peringkat atasan.
Tidak kurangnya dengan dunia hiburan.
Tahun 2009 akan menyaksikan Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu. Juga Pilihan Raya Kampus di Universiti-universiti.
Pilihan raya kecil di KT akan banyak diperkatakan oleh semua pihak, kemenangan yang akan dimenangi itu juga akan hebat diperkatakan. Samada menang atau kalah sesebuah parti itu, terletak kepada tangan pengundi. Mereka menentukan siapa wakil mereka. Harap bukanlah wakil untuk menjerit, terpekik terlolong di Parlimen.
Pilihan raya kampus tidak boleh terlepas pandang, kemungkinan ianya sudah semakin hampir. Sudah sangat hampir, dan ianya mencatat sejarah apabila pilihan raya kampus diadakan pada semester 2.
Semakin hampir, adakah ianya dalam masa yang terdekat ? Itu sudah semestinya. Cuma ianya masih menjadi rahsia. Bukan pasal tarikh yang menjadi tajuk. Tetapi sejauh manakah pilihan raya kampus ini.
Mesti ramai pihak yang ada campur tangan bukan ? Tidak kira pihak mana ? Betul ke ?
Atau ianya atas hasil usaha mahasiswa/i itu sendiri ?
Politik kampus = Politik kepartian ?
Atau ianya melambangkan suara mahasiswa/i ?
Sejauh manakah perjuangan calon yang memenangi pilihan raya kampus ?
Sekadar ingin menang ? Atau memperjuangkan suara mahasiswa/i yang adakalanya dikatakan suara mereka tidak sampai ?
Apa yang hendak dibanggakan jika kita menang, tetapi goyang kaki ? Itu lagi membuatkan ramai pihak marah dan tidak menyukai.
Cerita demi cerita, entah kemana aku pergi. ehe~
Apa yang penting tahun ini adalah amat penting, setiap tahun amat penting. Memang penting. huhU~
Semester ini InsyaALLAH yang terakhir buat diri ini di bumi UKM. InsyaALLAH aku akan menamatkan pengajianku semester ini. Kajian ilmiah harus aku segerakan. Aku tidak mahu menangguhnya. Doakan aku berjaya ya. InsyaALLAH (",)
Sama-sama kita semua mengorak langkah supaya setiap kita berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALLAH.
Semoga ALLAH merahmati dan memberkati setiap dari kita. Amin...
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, Malaysia, Pemimpin, Universiti
Labels
- Award (4)
- Azmi (534)
- Blog (16)
- Cerita (2)
- Design (9)
- Download (8)
- Dunia (9)
- Family a.k.a Keluarga (26)
- Gambar (6)
- Haiwan (2)
- Islam (73)
- Kawan2 (11)
- Kisah (21)
- Lagu (9)
- Link (1)
- MA ZN Enterprise (2)
- Malaysia (279)
- Matematik (7)
- Melayu (135)
- Pemimpin (44)
- PERMAJ (36)
- Pesanan (2)
- Politik (9)
- Program (25)
- Program Lunas Harapan (1)
- PTPTN (1)
- Renungan (1)
- Tag (6)
- Universiti (34)
- Video (7)













