Subjek Teras SPM Dikurangkan? Tinggal 4 Sahaja.

Tengah-tengah tak boleh tidur nie layan tenet dlu, alih2 masa bukak Utusan Malaysia Online terkedu seketika baca berita ini "4 subjek teras SPM?" (ada kat bawah ini). Daripada 6 subjek, sekarang nak turun kepada 4 subjek, gara-gara tindakan mengehadkan kepada 10 subjek sahaja untuk SPM.

Tindakan mengehadkan itu wajar, kerana yang mendapat berbelas-belas A dikatakan pintar, pandai dan lain-lain walhal ramai juga yang pintar, pandai dan lain-lain. Lagi satu apabila subjek dihadkan, kualiti akan lebih terjamin. Bermakna guru-guru boleh memberi lebih perhatian kepada para pelajar di sekolah mereka.

Pada pendapat saya tentang subjek teras, ianya menjadi sesuatu yang wajib. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains. Keenam-enam subjek ini penting bagi setiap pelajar. Jika hanya 4 subjek teras sahaja yang perlu diambil oleh para pelajar, subjek apakah yang menjadi pilihan hati untuk diletakkan sebagai subjek teras. Adakah Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains (ada 16 kebarangkalian untuk menetapkan subjek teras... jika tak salah .. ehe), tapi atas dasar apakah yang menetapkan subjek teras ini.

Jika BM tiada? ataupun BI tiada? ataupun Pendidikan Islam/Moral tiada? ataupun Sejarah tiada? ataupun Matematik tiada? ataupun Sains tiada?

Bagi saya lagi keenam-enam ini ada baiknya dijadikan subjek teras dan tidak perlu diturunkan kepada 4 sahaja subjek. Malaysia + pelajar + guru + sekolah pening dengan sistem tak lama lagi. Pak Menteri hanya mencaturkannya, silap nanti ubah lagi. Bincang sana bincang sini, sampai sekarang PPSMI tak selesai lagi. Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini, politik berlebihan setiap hari. Rakyat pendam dalam hati, pemimpin kerajaan yang dibenci. Kenapa ini terjadi, sikap sombong dan bongkak diri.

Apa yang perlu kita hadapi, pergolakan politik harus dihenti. Rakyat inginkan harmoni, tapi apakan daya sengketa antara parti. Apa lagi yang terjadi, menjadi iktibar parti.

Mengarut aku di pagi hari, keluarkan pendapat yang tebuku di hati. Sampai sini aku berhenti, sehingga berjumpa lagi.

Selamat malam semua. Kejutkan aku jam 6 pagi. Nak solat + bersiap-siap ke USIM jap 7 pagi. Erkk... huhu~

---

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan muktamad untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat ini.

Menteri Pelajaran itu menegaskan, pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut.

Beliau berkata, langkah tersebut diyakini dapat melegakan kebimbangan sesetengah pihak yang berasa khuatir dengan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mengehadkan pengambilan tidak melebihi 10 mata pelajaran dalam SPM.

‘‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras.

‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM pada masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.

Semalam, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan tidak lebih 10 mata pelajaran di kalangan calon SPM mulai tahun depan adalah hasil kajian mendalam pelbagai pihak.

Beliau berkata, kajian itu menunjukkan fokus tidak harus terhadap bidang akademik semata-mata sebaliknya penekanan yang sama perlu diberikan perkara lain.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya sedia maklum keputusan berkenaan menimbulkan rasa bimbang di kalangan sesetengah pihak termasuk dibantah oleh MIC baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun kebimbangan itu wujud namun beliau yakin ia tidak menjejaskan pencapaian calon-calon SPM.

‘‘Saya tak bimbang tentang perkara itu tapi penjelasan muktamad akan dibuat dalam terdekat ini untuk beritahu kedudukan yang terakhir sekali,’’ katanya.

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

1 comments:

  1. ~ ♣ NiZaM ♣ ~ said...

    dulu ada mulut2 kata.. Pak Cik Muhyid yang membangunkan Kementerian Belia dan Sukan.. InsyaAllah harap segala perancangan untuk kementerian pelajaran bakal membuahkan hasil..

    tapi xwajar mengurangkan kepada 4 subjek teras..

    p/s: Pakcik/abg Muhyid adalah panggilan sedara kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin.. sebab epong adalah sedara kepada beliau.. CUma ada bau bacang2 skit.. hehehe..  

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews