Menanti di Penanti, Akhirnya PKR Memenangi

Haih.. Keputusan memihak kepada PKR dengan majoriti besar (besarlah juga sebab lain-lain dapat ciput je)

Ini keputusan penuh :

N12: PENANTI : 15,384
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi
Jumlah pengundi 7,100
Peratus 46.15 peratus
Undi rosak 106 undi
Majoriti 5,558 undi.

Ramai betul orang di Penanti. Mencecah 15 ribu orang, tetapi yang keluar mengundi tidak sampai 50 %. Ramai yang pergi kenduri kahwin ya, sampai tak sempat nak pergi mengundi. Atau yang keluar itu semua penyokong tegar PKR (membolehkan mereka memenangi PRK ini dengan mudah). Ataupun rakyat semakin bosan dengan BN a.k.a UMNO yang semakin tidak tentu hala dengan parti komponennya yang kucar kacir, isu komunis dan lain-lain. Walhal BN a.k.a UMNO tidak bertanding. Kenapa masih perlu disalahkan BN a.k.a UMNO? Adakah dengan perletakan jawatan yanng dilakukan oleh Fairus memberikan peluang kepada rakyat meluahkan apa yang terpendam. Ataupun memang rakyat sedang menyukai perbuatan Anwar Ibrahim yang mencaturkan semua ini.

Banyak betul ataupun aku kali ini.

Kak Min tipu rakyat ke? PKR sengaja buat cerita ke? Apa yang berlaku sebenarnya ini.

Apa yang sedang dan akan dilakukan lagi selepas ini?

Apa yang sebenarnya yang dikehendaki oleh semua orang?

Perpaduan? Keikhlasan? Ketulusan? Ketelusan? Kepimpinan? Kebajikan? Keadilan?

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

2 comments:

  1. MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

    bagi saya majoriti besar dengan calon2 bebas bukanlah satu kemenangan :)  

  2. mie said...

    maknanya mereka hanya bertepuk sebelah tangan, tak gitu Adha?  

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews