Salam.
Kepada semua... keluarga, buah hati, rakan-rakan, adik-adik dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini (Muhamad Azmi Bin Zulkipli).
Maafkan aku jika aku bersalah (secara sengaja atau tidak sengaja). Mungkin pada masa itu emosi kurang stabil. Maafkan diri ini.
Ini semester terakhir aku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tesis a.k.a kajian ilmiah, aku dah hantar pada 17 April 2009 kepada Prof. Ishak (Ketua Program Matematik) dan Dr. Anuar (Penyelia). Viva pula pada 5 Mei 2009. Aku harap tesis aku diterima oleh mereka.
(Hari Isnin) 20 April 2009 - Peperiksaan akhir Kimia Am I, di Dewan DECTAR pada jam 8.30 pagi selama 3 jam. Terima kasih kepada 3 orang pensyarah yang mengajar Kimia Am I, PM. Wan Yaakob bin Wan Ahmad, Dr. Md Pauzi bin Abdullah dan Dr. Lee Yook Heng. Terima kasih kepada mereka semua. Semoga aku dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik dan cemerlang. InsyaALLAH.
(Hari Khamis) 23 April 2009 - Peperiksaan akhir Mekanik Klasik Kuantum (MKK), di Dewan Gemilang pada jam 3.30 petang selama 2 jam 30 minit. Terima kasih buat Dr Muhammed Hafiz bin Hj Khozali yang mengajar aku. Terima kasih tidak terhingga kepada beliau. Semoga aku dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik dan cemerlang. InsyaALLAH.
(Hari Jumaat) 24 April 2009 - Peperiksaan akhir Ekologi Asas, di Dewan Konvensyen Kolej Keris Mas pada jam 3.30 petang selama 2 jam. Terima kasih buat Dr. Zubaid, Dr. Jumaat dan Dr. Wee. Terima kasih kepada mereka bertiga. Semoga aku dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik dan cemerlang. InsyaALLAH.
(Hari Selasa) 5 Mei 2009 - VIVA.
Aku berdoa dan berharap agar aku dan semua rakan-rakan serta semua orang lulus dengan baik dan cemerlang dalam peperiksaan yang akan aku hadapi pada minggu hadapan. InsyaALLAH. Kita berusaha, ALLAH menentukannya. Sama-sama kita berusaha sebelum tiba masanya. Mungkin masa yang tinggal singkat, tetapi insyaALLAH.
Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita ceburi sekarang dan akan datang.
Sekali lagi aku ingin memohon maaf kepada semua. Maafkan aku dari hujung rambut ke hujung kaki. Halalkan makan dan minum.
Selamat kepada semua.
All the best !!!
Chaiyok3x... !!!
Gambate !!!
Semoga berjaya !!!
Semoga berjaya!
terima kasih :)
amin..
erkk
huhu...
(T.T) wuuuuuuuu
sedey....
gud luck mr. azmie
('-')
erm~
nak sorryy gak
mr. nizam ; erk..huhU~..~
cik lili ; thanxs :)
cik lina ; erm..huhU~..~
terima kasih kepada semua..all da best..!!!