Qunut Nazilah


Maksudnya:

Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami,
kami jadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh-musuh) kami,
dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami,
binasakanlah kesempurnaan mereka,
dan pecah-belahkanlah jemaah mereka,
dan gagapkanlah perkataan mereka,
goyahkanlah pendirian mereka,
dan hantarkanlah anjing-anjing ke atas mereka dari anjing-anjing Mu,

Wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Berani,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH.
Tuhan yang menurunkan Kitab (al-Quran),
Tuhan yang menjalankan awan,
dan Tuhan yang menghancurkan tentera al-Ahzab,

Hancurkanlah mereka, dan bantulah kami ke atas mereka,
Amin. Amin. Amin Ya Rabbal A’lamiin..

Apa itu Qunut Nazilah?
Qunut Nazilah adalah do'a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir.

Tujuan Qunut Nazilah?
Mendo'akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mukminin
dan mendo'akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin.

Hukum dan Cara melakukannya?
Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat,
dilakukan sesudah ruku’ di raka'at terakhir pada solat wajib lima waktu berjemaah
dan hal ini dilakukan oleh Imam.

1 comments:

  1. Adry said...

    ya betul tu.. buat jangan tak buat k  

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews