2009 ...

Apa yang akan berlaku dalam tahun ini ?

Adakah ianya seperti tahun lepas ? Penuh dengan adegan politik. Para pemimpin di Parlimen asyik sahaja bergaduh, seperti di kedai kopi pula. Walhal mereka dipilih sebagai seorang wakil untuk menyuarakan kehendak dan apa yang akar umbi kehendaki. Jika ianya berterusan begini, sampai bila pun suara akar umbi tidak sampai ke peringkat atasan.

Tidak kurangnya dengan dunia hiburan.

Tahun 2009 akan menyaksikan Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu. Juga Pilihan Raya Kampus di Universiti-universiti.

Pilihan raya kecil di KT akan banyak diperkatakan oleh semua pihak, kemenangan yang akan dimenangi itu juga akan hebat diperkatakan. Samada menang atau kalah sesebuah parti itu, terletak kepada tangan pengundi. Mereka menentukan siapa wakil mereka. Harap bukanlah wakil untuk menjerit, terpekik terlolong di Parlimen.

Pilihan raya kampus tidak boleh terlepas pandang, kemungkinan ianya sudah semakin hampir. Sudah sangat hampir, dan ianya mencatat sejarah apabila pilihan raya kampus diadakan pada semester 2.

Semakin hampir, adakah ianya dalam masa yang terdekat ? Itu sudah semestinya. Cuma ianya masih menjadi rahsia. Bukan pasal tarikh yang menjadi tajuk. Tetapi sejauh manakah pilihan raya kampus ini.

Mesti ramai pihak yang ada campur tangan bukan ? Tidak kira pihak mana ? Betul ke ?

Atau ianya atas hasil usaha mahasiswa/i itu sendiri ?

Politik kampus = Politik kepartian ?

Atau ianya melambangkan suara mahasiswa/i ?

Sejauh manakah perjuangan calon yang memenangi pilihan raya kampus ?

Sekadar ingin menang ? Atau memperjuangkan suara mahasiswa/i yang adakalanya dikatakan suara mereka tidak sampai ?

Apa yang hendak dibanggakan jika kita menang, tetapi goyang kaki ? Itu lagi membuatkan ramai pihak marah dan tidak menyukai.

Cerita demi cerita, entah kemana aku pergi. ehe~

Apa yang penting tahun ini adalah amat penting, setiap tahun amat penting. Memang penting. huhU~

Semester ini InsyaALLAH yang terakhir buat diri ini di bumi UKM. InsyaALLAH aku akan menamatkan pengajianku semester ini. Kajian ilmiah harus aku segerakan. Aku tidak mahu menangguhnya. Doakan aku berjaya ya. InsyaALLAH (",)

Sama-sama kita semua mengorak langkah supaya setiap kita berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALLAH.

Semoga ALLAH merahmati dan memberkati setiap dari kita. Amin...

1 comments:

  1. rimbunanHati said...

    azmie..good luck for final sem.Saya abes dah.hehehe.Busy dgn bisnes sndiri. leh lawat
    http://www.zaisara.com  

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews