About Me
Blog Archive
-
►
2009
(127)
-
►
May
(23)
- Kisah Bukit Kepong Masih Dalam Ingatan
- Menanti di Penanti, Akhirnya PKR Memenangi
- Mama Dapat Tukar Tempat Kerja
- Apa Beza Cerita-cerita Zaman Dahulu dan Sekarang?
- Happy Birthday !!!
- 18 Mei, UKM 39 Tahun.
- No More Pondok Panas. OK !!!
- Design Logo - Mumtaz Consultant
- Not Approved - Prayer For Muslim Staff During Offi...
- Adakah Ianya Satu Galakan?
- Bersatu !!!!!
- DUN N.12 Penanti, Pulau Pinang
- Kewajipan Berwasiat, Bertaubat Sebelum Tidur
- Ucapan Muhyidin Semasa MAGAJ @ UKM
- Hari Guru & Hari Jururawat Sedunia
- Selamat Hari Lahir Mama & Selamat Hari Ibu
- Satu Sekolah Untuk Semua
- Friendship Award
- Entrepreneurship & Youth - A Learning Network 2009...
- Runtuh BN, Tegaklah Politik Baru
- Aeman - Anak Soleh
- Bowling @ Metro Point Kajang
- Hari Ibu ... Jom Hayati Video Ini
-
►
May
(23)
-
▼
2008
(394)
-
▼
December
(24)
- Award To All
- Got An Award 3
- Got An Award 2
- Got An Award
- Salam Maal Hijrah 1430 H
- Pelaksanaan Hukum Hudud Hanya Untuk Orang Islam
- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat. Al-F...
- 10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
- Free Classifieds
- Los dan Faun
- How To Cope With The Fear Of Rejection
- Parlimen Lulus Pindaan Ke Atas AUKU
- Dongeng Cucu Cicit Baginda Razak
- Cicakman 2 : Planet Hitam
- Puisi Keranda 152
- Bencana Alam - Salah Siapa ???
- Bencana Alam - Manusia Punca Utama
- Lemak Manis
- Upin & Ipin - Ringtone Updated
- Rakan Cop Song
- Kepada Pemimpin Yang Ku Sayang ...
- Korban ? Apa Yang Kita Faham ???
- History of Sport
- Muar Sebelum Bernama
-
▼
December
(24)
My Blog List
-
-
SOUND BITES - PROTON2 days ago
-
Program Lunas Harapan4 weeks ago
-
Link
Sudi2kanlah menerima anugerah yang tidak seberapa ini.
Anugerah ini ditujukan kepada semua. Semua boleh ambik.
Posted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
Terima kasih buat Luth. Haha~..~
Sebat je.
~nak bagi gak ar award..ehe~
Posted by mie Links to this post
Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.
"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini, Sabtu.
Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan memberi penerangan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang masih kurang senang dengan hasratnya untuk melaksanakan hukum Hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.
Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
Abdul Hadi dalam pada itu mengakui sukar untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.
"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.
Sumber dipetik dari Bernama.
Mungkin kenyataan ini menjawab kepada semua persoalan yang timbul mengenai hukum hudud yang diwar2kan. Perlaksanaan hukum hudu ini haruslah dikaji sedalam-dalamnya supaya tidak lari dari yang sebenarnya. InsyaALLAH (",)
Posted by mie Links to this post
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat. Al-Fatihah...
0 comments Published by mie on Saturday, December 27, 2008 at 3:33 PMSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.
Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.
Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.
"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.
"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.
Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.
Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.
Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.
"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.
"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.
Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok.
Sumber dipetik Bernama.
Posted by mie Links to this post
10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
1 comments Published by mie on Thursday, December 25, 2008 at 7:51 AM1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.
2. Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8. Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada 'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
Sumber dipetik dari PUNB.
- http://maznenterprise.blogspot.com
Posted by mie Links to this post
Tajuk pun dah menarik perhatian. Ceritanya pula?
AzmIe_(",) nak pergi, tapi belum berkesempatan. InsyaALLAH ada luang, sampai juga ke sana (pawagam). ehe~
Meh kita baca...
Sinopsis
Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung seorang budak melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman. Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat. Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut.
Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini. Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio.
Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan?
Posted by mie Links to this post
- One of our biggest fears is the fear of rejection and we'll do almost anything to avoid it. It stops people from making speeches, contacting customers, asking for the order or even asking someone out on a date.
- Successful people feel the fear or rejection but they don't allow it to paralyse them. They take action even though they feel uncomfortable. And of course, the more they do it, the less uncomfortable they feel.
- In the many challenges you face in life, you won't "win them all" ut you must have the courage to try. I read somewhere that "winners make mistakes but losers never do." That's because winners have the courage to try even though they know they'll make mistakes. That is how they learn and move forward.
Alan Fairweather
Posted by mie Links to this post
Parlimen Lulus Pindaan Ke Atas AUKU
0 comments Published by mie on Friday, December 12, 2008 at 1:47 AMBerdasarkan pindaan itu, beberapa kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong dan menteri akan dipindahkan kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.
Ia juga menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman serta luaran pentadbiran sesebuah universiti selain membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
Di samping itu, canselor turut diberi kuasa untuk melucutkan ijazah daripada mana-mana siswazah atas sebab melakukan perbuatan skandal.
Terdahulu dalam sesi penggulungan, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pindaan yang dibuat ke atas AUKU berdasarkan kepada pertimbangan dan prinsip pendidikan yang dirumuskan daripada matlamat pendidikan peringkat tinggi dan bukannya politik.
Beliau berkata pindaan akta itu dilakukan bagi memenuhi matlamat pendidikan untuk mewujudkan persekitaran pendidikan dan persekitaran kurikulum yang terbaik bagi pembinaan insan yang baik dan juga sentiasa berfikir.
Katanya pindaan itu bagi meningkatkan kecemerlangan universiti serta memperbaiki kedudukan universiti di peringkat antarabangsa di samping mewujudkan suasana yang kondusif sebagai sebuah pusat menimba ilmu.
Pindaan itu dapat meningkatkan usaha untuk mengasah dan mempertajamkan minda pelajar menerusi kelonggaran atau memberi hak dan peluang kepada pelajar untuk berpersatuan serta kebebasan untuk bersuara.
Justeru itu, beliau berkata pindaan ini menyediakan Fasal yang membenarkan pelajar melibatkan diri dengan mana-mana organisasi sama ada di dalam dan di luar universiti tempatan atau luar negara berbanding sebelum ini di mana pelajar langsung tidak boleh melibatkan diri dengan mana-mana organisasi atau pertubuhan khususnya di luar dari universiti.
Mohamed Khaled berkata melalui pindaan ini juga, pelajar tidak disekat daripada berinteraksi dengan mana-mana parti politik khususnya penganjuran aktiviti atau program merangkumi bidang akademik, misalnya menganjurkan forum membincangkan isu negara.
Sumber dipetik dari Bernama.
Posted by mie Links to this post
Labels: Azmi, Malaysia, Pemimpin, Universiti
Dongeng Cucu Cicit Baginda Razak
1 comments Published by mie on Wednesday, December 10, 2008 at 7:13 PMYa ampun! Ya ampun baginda, hamba telah mendengar surah dongeng labun tuan hamba. Hamba bersama teman dan sahabat dengan syok lagi tawadhu' melopong ternganga apabila tuan hamba membuka mulut.
Apabila tuan hamba bercakap bahawa kebenaran hanya diketahui Allah, maka meleleh air mata hamba hingga ke lohong paha. Tidaklah pernah hamba melihat satu makhluk tuhan yang begitu jujur bersilat lidah. Inilah agaknya rahmat Yang Maha Esa yang telah dikurniakan ke atas tuan hamba. Tidak pernah hamba terlihat seorang syadu, seorang sufi atau seorang dukun dapat membelit seperti tuan hamba.
Cakap tuan hamba di sidang itu benar-benar melainkan semua tidak benar belaka. Ya ampun baginda Razak, hamba juga turut berasa gundah-gulana apabila terdengar berita kematian Puteri Mongolia. Hamba bertambah sedih lagi sayu apabila hamba diberitahu bahawa puteri ini adalah gundek simpanan Yang Teramat Mulia Raja Muda yang bakal menjadi raja sekalian rakyat jelata.
Hamba juga mendengar khabar berita tentang betapa cemburunya permaisuri ketika mengetahui bahawa ada gundek yang lebih disayangi daripada baginda ratu. Telah tersebar ke seluruh Melaka tentang api murka yang keluar terpancar dari dada tuan permaisuri Raja Muda.
Ya ampun baginda tuan, api murka permaisuri ini bukan datang secara tiba-tiba. Adalah menjadi dongeng rakyat Melaka setiap permaisuri yang akan naik ke atas takhta, maka badannya wajib diukur dan dikira. Telah tersebar ke pelosok kampung dan kota, telah diketahui rakyat jelata tentang berita susuk permaisuri Raja Muda melebihi seekor anak gajah simpanan Tun Bendahara.
Adalah menjadi perangai dan sifat anak-anak muda Melaka membuat lawak dan jenaka terhadap badan permaisuri Raja Muda. Dari apa yang hamba menerima berita, inilah punca yang menimbulkan angkara murka. Permaisuri Raja Muda telah mengetahui betapa ramping, langsing lagi ranggi pinggang Puteri Mongolia.
Mengikut yang empunya cerita, cemburu melimpah marah bertambah. Mengikut kata yang empunya surah, seorang Tamil dari negara atas angin telah datang bersumpah di hadapan Balai Rong Seri bersama mudim dan pari-pari bahawa si Tamil legam itu mengetahui bahawa Raja Muda kita berkemudi di buritan kapalnya.
Ya ampun baginda Razak, sahihlah dongeng berita Raja Muda "makan di luar dan suka makan di dalam". Makan di depan, makan di belakang telah menjadi nikmat pilihan Raja Muda kita.
Ya ampun baginda, "makan depan, makan belakang" ini adalah surah yang dipungut dan dikutip oleh si Tamil dari mulut tuan hamba sendiri. Ya ampun tuan hamba, bukanlah niat hamba untuk membuat fitnah, jauh lagi untuk mencerca nama baik tuan hamba. Niat hamba untuk memberitahu seantero negara bahawa apa yang tuan hamba suarakan di sidang itu hanyalah dongengan karut semata-mata.
Adalah hamba berjanji kepada rakyat Melaka untuk melaporkan duduk perkara sebenar. Adalah juga tanggungjawab hamba bukan menista dengan berita. Hendaklah tuan hamba tahu bahawa tidak ada seorang pun rakyat jelata yang mempercaya apa yang tuan hamba butirkan itu benar melainkan semuanya bukan benar semata-mata.
Kisah hikayat Puteri Mongolia ini berpanjangan hendak-hendaknya. Adalah menjadi tabiat baik rakyat Melaka mereka amat suka melihat tuan hamba masuk sekali lagi ke rumah pasungan. Tidaklah busuk hati nurani mereka melainkan mereka ingin tahu duduk perkara sesahih-sahihnya.
Ya ampun baginda tuan hamba, rakyat Melaka dan saentaro belantara dari Melaka ke Majapahit, dari Jambi hingga ke Pasai telah mendengar cerita tuan hamba menjadi kaya-raya kerana membeli dua bahtera. Apakah ini dongeng cerita hamba sendiri tidak terkata-kata hanya tuan hamba tahu duduk perkara.
Mengikut kisah yang empunya ceritera, mengikut surah sumpah si Tamil legam, tuan hamba dilantik menjadi khadam yang kanan. Masuk istana keluar istana tanpa ditegur tanpa dilarang. Bukanlah rahsia rakyat Melaka untuk berdendam mencari mangsa. Mengikut surah sumpah si Tamil lagi, tuan hamba menjaga gundek-gundek Raja Muda. Mengikut tuan yang empunya ceritera, tuan hamba juga berligar ke kampong berligar ke kota mencari anak-anak dara untuk dijadikan gundek-gundek istana.
Ya ampun baginda Razak, biarlah hamba meneruskan ceritera tentang permaisuri yang jatuh murka. Telah didengar rakyat Melaka tentang kisah permaisuri kita yang dahulunya seorang mak janda. Bergundek ke hulu bergundek ke hilir membuka paha. Ya ampun, telah menjadi berita atas arahan siapakah Puteri Mongolia musnah derita. Telah diketahuilah rakyat Melaka betapa permaisuri cemburu tersangat bagai gajah kena penyengat. Telah diketahui juga rakyat Melaka bahawa Raja Muda sering berduka berkongsi katil memeluk seekor unta walhal paduka bemimpi gundek langsing berambut panjang bukan permaisuri baginda berambut kontot.
Ya ampun, tuan hamba dikatakan amatlah bergeliga mencari untung membeli bahtera. Biarlah hamba menyampai berita. Dari Naning hingga ke Melaka, rakyat tahu duduk perkara. Jangan cuba dibodohkan, jangan cuba dialpakan, rakyat sudah faham membaca warta berita.
Tidak perlu bergelap, tidak perlu bersuluh pelita, kisah tuan hamba membeli dua bahtera dengan duit emas berkantung-kantung diketahui rakyat jelata.
Al-kesah tuan empunya cerita, permaisuri telah membadak gegak gempita, lagi marah lagi murka maka diarah puteri disula, diseksa untuk menamatkan semua berita. Badan meletup rambut terbakar agar tidak diketahui siapa empunya benih. Dari atas angin sampailah berita, dari balai rong hingga ke rakyat jelata, semua ingin bertanya janin ini empunyanya siapa?
Ya ampun baginda, adalah hamba mendengar berita amat sahih lagi nyata tentang Raja Mongolia amat besar amarahnya tidak dapat dikata apa-apa lagi. Ya ampun, adalah hamba mendengar berita si Tamil ditemui sudah. Dia bersyair lagi bermadah menunggu masa untuk mendedah sekali lagi.
Ya ampun baginda Razak, adalah hamba mendengar berita lagi sahih lagi nyata tentang Raja Muda yang akan naik tahta akan disula rakyat Melaka.
Beginilah berakhirnya surat hamba kepada tuan hamba. Ya ampun, tidaklah ada apa-apa lagi yang hendah hamba katakan. Hendaknya diketahuilah oleh cucu-cicit kita nanti tentang kisah murka permaisuri yang gedempol dengan puteri manis bistari, kisah Raja Muda yang takut bini, kisah gundek bertukar ganti.
Maka dibuatlah rakyat Melaka pantun enam kerat untuk ingatan turun-temurun:
Tam tam tun
Tak perlu berpantun
Dam dum dah
Tak perlu bermadah
Sidang baginda
penuh dusta.
Sumber dipetik dari Malaysiakini.
Posted by mie Links to this post
Melalui plan Planet Hitam, beliau berjaya mencemar bekalan air di kota tersebut dan meminta Presiden Metrofulus, untuk melepaskan jawatannya. Hairi pula berdepan dengan musuh terbarunya, Rrama, seorang pembunuh upahan yang diupah oleh Profesor Klon untuk menghapuskan musuh-musuhnya.
Pengarah : Yusry KRU
Syarikat Penerbit : KRU Studios Sdn. Bhd. , Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Posted by mie Links to this post
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah Sebelum lidahmu jadi bisu
-Usman Awang-
Posted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
anak melayu,
senyum terukir ...
senyum terukir ...
bila disapa.
dalam pantun,
kukirim rindu,
rindu mengalir ...
rindu mengalir ...
di dalam kata.
chorus:-
lemak manis ... alah amboi-amboi,
santan kelapa ... alah amboi-amboi,
kupandang- lah manis ... alah amboi-amboi,
anak siapa? ... (2x)
pohon sena,
pohon meranti,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
buluh perindu.
adik di sana,
abang di sini,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
rindu menderu.
(chorus)
hujan di hulu,
tak reda-reda,
ribut lah turun ...
ribut lah turun ...
bertalu- talu.
abang di hulu,
adik di kuala,
kuhanyut rindu ...
kuhanyut rindu ...
dalam perahu.
(chorus & end)
Lemak Manis (Lagu Rakyat)
Roslan Madun
Posted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
Kepada Pemimpin Yang Ku Sayang ...
0 comments Published by mie on Sunday, December 7, 2008 at 8:01 AMPosted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
Posted by mie Links to this post
Nama Muar sebelum bernama Muar dikenali dengan nama Teluk Dalam, namanya bertukar menjadi nama yang ada sekarang sejak Belanda mengadakan hubungan dagang di Nusantara.
Nama Teluk Dalam digunakan kerana kuala sungainya yang dalam dan mudah bagi kapal-kapal berlabuh untuk mendapatkan beberapa hasil berharga terutama rempah-ratus dan juga emas yang dewasa itu banyak di kaki Gunung Ledang.
Di Kuala Sungai Muar iatu Tanjung Ketapang (kini Tanjung Emas) terdapat sebuah pelabuhan dan kota yang sibuk dan menjadi tumpuan para pedagang seluruh pelusuk dunia.
Dalam sejarah Belanda dan Portugis, Muar telah disebut sebagai kawasan yang kaya dan menjadi tumpuan perdagangan mereka.
Parameswara yang membuka Melaka, sebelum sampai ke Melaka, telah terlebih dahulu menjejakkan kakinya di Muar, di tempat bernama Kota Buruk dan Biawak Busuk, terletak tidak jauh dari Kuala Sungai Muar, di pesisir sungai.
Peta Muar menurut kaca mata Belanda pada tahun 1604Peta ini menunjukkan di kualanya terdapat sebuah pelabuhan.
Posted by mie Links to this post
Labels
- Award (4)
- Azmi (534)
- Blog (16)
- Cerita (2)
- Design (9)
- Download (8)
- Dunia (9)
- Family a.k.a Keluarga (26)
- Gambar (6)
- Haiwan (2)
- Islam (73)
- Kawan2 (11)
- Kisah (21)
- Lagu (9)
- Link (1)
- MA ZN Enterprise (2)
- Malaysia (279)
- Matematik (7)
- Melayu (135)
- Pemimpin (44)
- PERMAJ (36)
- Pesanan (2)
- Politik (9)
- Program (25)
- Program Lunas Harapan (1)
- PTPTN (1)
- Renungan (1)
- Tag (6)
- Universiti (34)
- Video (7)














