Responsibility / Tanggungjawab


Responsibility / Tanggungjawab
___________________________
Reason / Alasan
Lay Blame / Menyalahkan Orang Lain
Denial / Menafikan

yes...
anda bertanggungjawab..adakah anda mempunyai alasan bagi sesuatu yang telah di pertanggungjawabkan, adakah anda menyalahkan orang lain dalam memikul tanggungjawab anda, dan adakah anda menafikan sesuatu perkara dalam memikul tanggungjawab yang diberi...??
Jika anda seorang yang bertanggungjawab anda tidak perlu ada 3 perkara di atas, yang penting ialah diri anda sendiri..anda yang bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan..jika ada 3 perkara di atas, bermakna anda telah lari daripada bertanggungjawab...

~fikir-fikrkanlah....

Malam Apresiasi Perdana

Malam Apresiasi Perdana (MAP)...
adalah satu malam di mana para pelajar tahun 1, Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menganjurkan bagi menghargai para Pemudah-pemudahcara (PC) dan juga Atlit kolej.
Malam ini bertemakan warna Ungu, Hitam dan Putih.
Semua pelajar yang hadir bersama-sama PC dan juga Atlit mengikut tema.
Malam Apresiasi Perdana ini dirasmikan oleh Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, Prof. Madya Dr. Kadderi Bin Mohd Desa.
Malam ini sungguh bermakna, dapat melihat kesungguhan para pelajar tahun 1, dalam menjayakan program ini walaupun hanya setahun jagung, mereka banyak mempelajari sesuatu dalam program ini. Diharapkan kesungguhan mereka berterusan. Program-program seperti ini dapat melatih para pelajar dari segi pergaulan sosial mereka, dan juga bahagian pengurusan yang mereka kendalikan. Mereka pasti dan dapat mempelajari sesuatu yang baru dan bagus untuk diri mereka sendiri.
Tahniah di ucapkan kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung ataupun tidak langsung.

~lalala~

Groups...

Groups...

Group or community is very important to us. But, many people do not know about the importance of a group. The meaning of a group is two or more individuals, interacting and interdependent, who have come together to achieved particular objectives. In internet, there is also having group/community such as Yahoo Groups. It is a friendship group. The meaning of friendship group is those brought together because they share one or more common characteristics.

Security
By joining a group, individuals can reduce the insecurity of “standing alone”. People feel stronger have fewer self-doubts and are more resistant to threats when they are part of a group.

Status
Inclusion in a group that is viewed as important by others provides recognition and status for its members.

Self-esteem
Groups can provide people with feelings of self-worth. That is, in addition to conveying status to those outside the group, membership can also give increased feelings of worth to the group members themselves.

Affiliation
Groups can fulfill social needs. People enjoy the regular interaction that comes with group membership. For many people, these on-the-job interactions are their primary source for fulfilling their needs for affiliation

Power
What cannot be achieved individually often becomes possible through group action. There is a power in numbers.

Goal achievement
There are times when it takes more than one person to accomplish a particular task- there is a need to pool talents, knowledge, or power in order to complete a job. In such instance, management will rely on the use of a formal grou

~Doing everything or anything in groups, the result is better rather than doing it alone...

Kenapa...?

Kenapa???
Kenapa kita semua perlu bergaduh sesama kita...bertengkar atas sebab perkara yang kecil atau remeh temeh...tidak malukah kita dengan orang sekeliling...
Kita bergaduh kerana benda yang simple, mudah....
hmmm...pelik....kita nie bangsa melayu, buat apa kita nak gaduh sesama kita, apa faedah yang akan kita dapat daripada pergaduhan itu, rugi je yang aku tengok, makin lama makin hilang kita...kita tidak dipandang lagi dari mata masyarakat luar dan sekeliling kita...
kita seharusnya mengubah sikap kita dahulu sebelum memandang terhadap orang lain..mungkin ada salahnya yang kita nampak, salah kita kita tak tahu, aku rasa kita perlu tahu kesalahan kita dahulu, barulah kita dapat sesuatu yang bagus mengenainya...kalau kita terus je mnyalahkan orang lain, kita mungkin akan dibenci, menyebabkan orang lain menyampah...tapi pesanan aku pada semua, kita perlu menjaga hubungan sesama kita, tidak perlu kita asyik bergaduh sesama kita, sedangkan tiada hasil yang kita dapat daripadanya...
kerugian yang sangat besar bila kita bergaduh, terutamanya dalam kita berorganisasi, bergaul, berkawan, dll...
kita akan hilang sesuatu yang berharga...
aku tumpukan pada organisasi/kumpulan/groups...

kita semua bila berada dalam kumpulan, kita tidak perlu menuduh mana-mana pihak dalam usaha menaikkan ataupun membaikkan, kita perlu bermula daripada diri kita sendiri, tidak perlu kita memandang ke arah orang lain, yang penting, permulaannya daripada diri kita sendiri..tidak salah menegur rakan-rakan kita, tetapi kita perlulah menegur dengan berhemah, berbudi bahasa, supaya semangat yang ada pada dirinya tidak luntur dan hubungan sesama kita lebih erat..
sepatutnya kita perlu lebih sedar dengan apa yang berlaku...jika tidak kita tidak akan tahu dan akan menyalahkan mana-mana pihak...

janganlah kita bergaduh sesama kita...kelak kita yang akan rugi....

Salam

hoho~
Apa khabar semua..
Aku harap semua dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya...InsyaALLAH
Lama betul tak dengar cerita semua orang...Sure banyak yang dapat dikongsikan bila kita berjumpa nanti...
Aku sekarang macam nie aje...Dok kat bilik...hehe~
Entah..tak tahu nak buat ape...kui3x
Tak lama lagi aku cuti midsem...sekali ngan raya cina..hehe~
10hari cuti...mungkin dapat membesarkan badan..hehe~
hmm..lepas je cuti trus da midsem n kuiz..kui3x...
so tak boleh nk besarkan badan sangat..kena la study...hoho~

~lalala~

Everyone

Here, i want to say sorry to everyone for what have i done.
Right know i didnt have enough time to wrote here..After this i will .. InsyaALLAH

Minggu Pertama...

Alhamdulillah.. Minggu pertama pon bermula.. Minggu ini bermula lah daftar dan gugur kursus.. Huhu~
Bkn senang.. Kalau dah penuh, mau kena cari pensyarah yang mengajar subjek tuh.. huhu~
Semua penuh dengan muka yang mempunyai azam baru.. Bagaikan sesuatu yang sangat berbaza, dan aku harap semua dapat meneruskan semangat dan azam ini setiap hari, supaya tidak kita leka dengan perkara lain. Aku juga berharap pada diri aku, supaya menjadi lebih baik dan lebih bagus.. Aku harap aku berjaya mengharungi semua ini dengan penuh tabah dan sabar.
Semua orang sudah pun bermula dengan hal atau kerja masing-masing, mungkin banyak perubahan yang akan berlaku pada persekitaran kita, kita tidak tahu sehingga kita tahu..huhu~
Sekolah telah bermula, banyak pelajar telah memasuki alam persekolahan mereka, mungkin ada yang mengatakan, "wahh, sungguh seronok dapat masuk sekolah" dan mungkin "alamak, kena pergi sekolah"....
Hmm, kita dapat lihat benda ini terjadi berulang tahun, kita sendiri tidak dapat mengawalnya. Pesanan pada adik-adik, berharap agar pada masa persekolahan ini adik-adik menjadi lagi tabah dan sabar menjalani kehidupan di sekolah, kena kuatkan semangat supaya adik-adik mencapai apa yang di citakan, jangan tunggu dan melengah-lengahkan masa yang sedia ada, kerana itu akan merugikan diri sendiri. Mungkin ini sudah biasa di katakan oleh orang yang lebih dewasa pada kita, tapi kita kena berfikir di luar kotak pemikiran kita, supaya kelak kita akan berjaya, tidak kira di mana kita berada dan ingatlah ALLAH yang maha berkuasa. Semoga hidup kita di rahmati oleh Nya.
Kita di dunia ini kena saling ingat mengingati, mungkin hari ini aku betul tapi aku tidak akan betul selama-lamanya, akan ada kesalahan yang di buat, kita sebagai manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan, walaupun ianya sangat kecil. Aku berharap ada yang menegur aku sebelum terlambat, mungkin emosi aku bila di tegur, menjadi marah atau perkara tidak di ingini yang berlaku pada diri aku tetapi itu lebih baik daripada hanya membiarkan ianya berlaku terus begitu.
Semoga kita semua berada di jalan yang benar dan di rahmati oleh Nya. Selamat berbahagia kepada semua, dan salam perpaduan. Semoga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

~Hoho~ ... Tahun 2008

Aha.. Menjelang tiba tahun 2008 yang akan lebih mencabar dan banyak lagi dugaan hidup kita di dunia ini. Harap kita semua dapat menempuhinya dengan tabah dan sabar.
Alhamdulillah, semua dalam keadaan sihat. Betul tak?? Hoho~
Semoga sihat selalu hendaknya.

Tahun baru ini harap apa yang semua impikan tercapai, dan usaha kena berlipat ganda bagi mencapai sesuatu, jangan pula hanya hangat-hangat tahi ayam. Aku berharap aku akan lebih bagus dari aku yang sebelum ini. InsyaALLAH.

Lalala~
Tahun baru sambut kat mana?? Mesti enjoynya tahun baru bagi semua, dapat tengok bunga api..fuhh..cantik tuh...
Tapi maafkan aku kawan-kawan, tak dapat nk sambut sama-sama, kena pergi sambut ayah angkat pada member baru balik dari Mekkah. Maaf sangat-sangat. :(
Tapi insyaALLAH di lain masa kita berjumpa.
Aku sambut kat KLIA, punya la ramai orang menunggu di sana. Penuhla. Yang jadi penat, masa nak sambut kat luar, sepasang demi sepasang yang dilepaskan keluar. fuhh..btol2 mencabar..hoho~

Semua kat sana ceria menunggu keluarga masing-masing pulang.
Alhamdulillah semua selamat.

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews