Pelaksanaan Hukum Hudud Hanya Untuk Orang Islam

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini, Sabtu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan memberi penerangan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang masih kurang senang dengan hasratnya untuk melaksanakan hukum Hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu mengakui sukar untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.

Sumber dipetik dari Bernama.

Mungkin kenyataan ini menjawab kepada semua persoalan yang timbul mengenai hukum hudud yang diwar2kan. Perlaksanaan hukum hudu ini haruslah dikaji sedalam-dalamnya supaya tidak lari dari yang sebenarnya. InsyaALLAH (",)

1 comments:

  1. dearie said...

    assalamua'laikum..
    saya juga mengikuti permasalahan implementasi hukum hudud di negara kita ini..
    saya runsing untuk membincangkan hal ini kerana masih lagi cetek ilmu dan khuatir jikalau tersalah sebut kerana ini adalah hukum daripada ALLAH..malahan tampuk pemerintahan yang sedia ada seharusmya mengambil berat akan hal ini.

    apakah sebenarnya yang menghalang hukum hudud untuk dijadikan undang2 persekutuan untuk orang islam?

    mengapa mahkamah syaria'ah diwujudkan dan tidak pula hukum hudud dilaksanakan?

    walhal mahkamah syariah juga membicarakan kes2 orang islam.

    tolong saya fahami isu ini yang sudah berbaur politik..saya bingung dengan pentadbiran kita sekarang!!  

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews