Pertama-tama marilah kita sama-sama menghayati maksud
korban. Semoga kita semua dapat merasainya. Bukan sekadar untuk perayaan hari raya korban sahaja, tetapi bairlah ianya berterusan ke lubuk hati kita.
Berkorban tidak semestinya dengan duit. Banyak yang boleh dilakukan, asalkan niat kita ikhlas dan betul. InsyaALLAH.
Kita mungkin tidak menyedari, yang mungkin kita juga banyak berkorban. Sebagai contoh dari segi masa, tenaga, kemahiran, buah fikiran dan macam-macam lagi.
Semoga hari raya aidiladha ini disambut dengan penuh makna.
Kepada mangsa-mangsa bencana, harap bersabar. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, insyaALLAH.