Minta Maaf, Bayar Pampasan !

~ Haruslah dikaji semula diskriminasi antara kerajaan pusat dan negeri. Haruskah mereka bekerjasama ataupun terus menyekat segala jenis saluran dari pusat ke negeri? Siapakah yang akan menjadi mangsa dalam keadaan ini? Bukankah rakyat yang menjadi mangsa? Rakyat yang membayar cukai tetapi tiada apa yang mereka dapat? Dimanakah ketelusan pimpinan negara pada masa ini.

~ Mungkin inilah masanya untuk Malaysia melakukan perubahan. Banyak undang-undang yang ada di dalam negara kita (Malaysia) akan tetapi adakah perlaksanaannya menjadi? Rasuah? Kroni? DEB? Dan banyak lagi perkara yang berlaku. Seharusnya undang-undang yang ada di Malaysia ini di guna pakai dan juga haruslah dikuatkuasakan.

~ Mungkin kita semua tidak perasan, akan tetapi kita sendiri dapat melihat apa yang berlaku. Sebagai contoh mudah pada masa kini, mereka yang membuang sampah merata tempat. Adakah tindakan diambil kepada pembuang sampah itu, walhal tanda amaran terletak betul-betul di tempat tersebut. Banyak lagi jika disebutkan.

~ Rasuah, jika undang-undang dikuatkuasakan, dan juga tiada campur tangan dari mana-mana pihak, badan rasuah akan menjadi lebih telus. Ini kerana pada masa kini orang-orang boleh membuat apa sahaja dengan wang yang mereka ada. Tidak kira siapa sahaja.

~ Ketelusan amatlah penting dalam seharian ini.

~ Sumber dipetik dari Bernama.

Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat kerajaan pusat sepatutnya menyalurkan bantuan tertentu kepada negeri itu mengikut amalan sistem demokrasi dan oleh itu harus memohon maaf dan membayar pampasan atas kegagalan berbuat demikian, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, sejak PAS memerintah negeri itu selepas pilihan raya umum 1990, kerajaan pusat gagal menyalurkan peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Terengganu sekarang ini pun minta kembali royalti minyak negeri itu. Kita ada hak untuk minta (peruntukan dan bantuan) kerana ia bayaran yang sepatutnya kami terima.

Negeri lain dapat, kenapa Kelantan tidak dapat, sedangkan ini negara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau membuat desakan itu memandangkan kerajaan Pusat kini sudah sedar dengan kesilapan-kesilapan lampau dan sanggup membuat permohonan maaf.

Katanya ini termasuk kesediaan kerajaan pusat pimpinan Umno baru-baru ini memutuskan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim lain yang dipecat berikutan krisis kehakiman pada 1988.

~ Ini pula sumber dipetik dari HarakahDaily.

Sesuai dengan keghairahan pemimpin-pemimpin Umno memohon maaf di atas kesilapan lampau, maka perkara serupa perlu juga dilakukan terhadap kerajaan Kelantan.

Malah mereka perlu mengakui kesilapan menyekatkan hak Kelantan mendapat peruntukan terutamanya berkaitan pembangunan yang berlaku sejak 18 tahun lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dilihat kepada ghairahnya pemimpin Umno memohon maaf, maka perkara yang serupa juga wajar dilakukan terhadap negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Sekarang masa paling sesuai bagi mengembalikan semangat demokrasi berparlimen memandangkan sejak kebelakangan ini ramai pemimpin BN memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan-kesilapan dan penyelewengan yang pernah dilakukan mereka...

0 comments:

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews