Melayu..Melayu..Melayu

Bercakap mengenai Melayu. Saya pernah utarakan mengenai "Melayu Mudah Lupa".
Sekarang cuba kita semua buka minda kita kembali. Bukan saya ingin menyalahkan mana-mana pihak tetapi hanya untuk mengenang kembali sejarah kita, sejarah adalah penting dalam kehidupan kita semua. Kalau bukan dengan sejarah, mungkin kita semua tidak samapi ke tahap ini. Maksudnya, jangan kita abaikan sejarah.
Saya juga ada sejarah, mengingati kepada sejarah membuat saya rasa diri saya lebih bermakna.
Malaysia juga mempunyai sejarahnya tersendiri, Melayu kita juga mempunyai sejarahnya tersendiri.
Dahulunya kita menerima baik semua penjajah yang datang ke tanah kita (Melayu), kita amat baik, kita berkongsi kepada semua. Sehinggalah suatu masa di mana Jepun datang untuk menjajah kita, kita menerima juga kedatangan mereka dengan harapan pihak British yang ada menjaga kita (sungguh mengharapkan bantuan dan tidak mahu berusaha atas usaha sendiri). Lama kelamaan barulah mereka sedar bahawa harapan mereka hanya kosong semata-mata, bangkitlah pejuang-pejuang Melayu yang ingin menegakkan keadilan.
..Kita tengok sejarah, sehingga Jepun datang menyiksa dan membuat kita seperti bukan di tempat sendiri barulah kita hendak bangkit, menyatupadukan semua yang ada, mungkin ia tidak terlambat, akan tetapi ia memakan masa yang lama untuk mengubatinya.
Jepun telah mengajar Melayu dahulu bagaimana, akan tetapi Melayu kini, hanyalah tidak berfikir untuk masa depan, sepatutnya kita semua boleh membuka minda, dan berfikiran lebih jauh, tidak pula kita hanya menunggu sahaja, sehingga tidak dapat, barulah kita nak berusaha, bukankah itu sudah terlambat.
Sebagai contoh sekarang P.Pinang sudah memansuhkan DEB, barulah kita melihat, hilang hak Orang Melayu. Jika kerajaan masih memerintah dan kita masih tidak puas hati dengan perlaksanaan DEB, kita buat pemimpin atasan membuka minda mereka. Itulah cara yang paling bagus.
Semasa PRU 12, undi protes banyak kerana mereka yang bekerja tidak mendapat bonus akhir tahun, tidak terfikirkah mereka selama 4 tahun ini, kerjaan langsung tidak akan bagi bonus tahunan kerana mereka membuat undi protes. Adakah pada masa itu baru kita sedar? Atau macam mana sebenarnya.
Sekarang ada pemimpin yang berani bersuara, saya lebih suka tindakan Mukhriz sebagai bangsa Melayu dan pemimpin yang tahu dia boleh membawa suara rakyat kepada atas. Memang suratnya berbaur peribadi, peribadi beliau ialah bangsa Melayu, suara rakyat Malaysia yang inginkan Pak Lah berundur.
Dengan adanya kabinet yang baru ini membuat isu2 di Malaysia semakin kritikal.
Ya, ada yang berkata kita memberi peluang kepada muka-muka baru. Dengan kata lain Pak Lah juga perlu berundur, jika itulah kenyataan yang ingin beliau utarakan.
Pak Lah pernah membuat kenyataan bahawa calon yang menang akan kekal, akan tetapi kenapa hampir 8 muka2 calon yang menang digugurkan. Di manakah pendirian beliau.
Susah untuk saya katakan, saya sendiri melihat ini sebagaipandangan saya, dahulunya kita bergelak ketawa semasa pemilihan MB Perak, lepas itu kita pula tergelak kerana di Perlis juga timbul isu yang sama, padahal berada di dalam satu parti yang sama. Kenapa Pak Lah tidak eprcaya kepada Md Isa?? Kerana Shahidan selalu berjumpa dan mengahsut atau macam mana realitinya??
Sekarang dalam Kabinet yang dibentuk anak menantu belaiu tidak tersenarai, kerana KJ mengatakan beliau ingin tumpukan di Parlimen Rembau sahaja. Betuk ke KJ?? Macam tak percaya je kenyataan itu.. Atau pun KJ inilah bayangan Pak Lah yang menaikkan dan menggugurkan di dalam kabinet.. hoho~

Pernah saya bercakap dengan seorang yang lama.
Beliau berkata begini...
"Melayu, Melayu akan menebas hutan-hutan dibukit, ditarah bukit itu sehingga jadi bandar, Cina datang membina, Melayu hilang. Melayu menjadi hamba, padahal Melayu yang membuatnya, akan tetapi Melayu mempunyai hasat dengki yang tidak pernak akan hilang. Tidak pernah ingin mereka satukan bangsa mereka sendiri. Melayu terus menebas hutan dan menarah bukit buka sehingga jadi bandar, dan lama kelamaan MElayu menjadi pendatang di bumi Melayu sendiri.."

Ingat kembali kepada sejarah wahai bangsa Melayu ku..
Tidak tahu, kita bertanya kepada yang lama. Jangan diikutkan emosi kita sahaja.
InsyaALLAH.

1 comments:

  1. Gardagami said...

    See here or here  

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews