Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Pada 26 Mac 2008 saya menghadiri ceramah sempena Maulidur Rasul. Hati saya terdetik untuk pergi apabila mama saya ada ceramah di surau bawah.
Apa yang saya dapat ingin saya kongsikan bersama semua.
Ustaz yang memberikan ceramah itu berkata, jika ingin membacakan sirah Rasul ianya memakan masa yang lama dan ianya juga biasa kita ketahui.
Apa yang dibicarakan pada malam itu ialah pengajaran yang boleh kita semua ambil daripada sirah Rasul serta matlamat sambutan maulidur Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul ini disambut setiap tahun oleh setiap negara Islam. Walaubagaimanapun ada satu golongan iatu golongan Wahabi menganggap sambutan Maulidur Rasul ini sebagai bidaah. Fahaman golongan Wahabi inilah yang memecah belahkan umat Islam hari ini. ~Harap kita semua berwaspada..

Daripada Al-Hafiz Al-Imam Sayuti,
Sesungghnya asal perbuatan sambutan Maulidur Rasul, perhimpunan orang ramai, bacaan al-Quran, bercakap mengenai sirah Nabi dan sedikit jamuan..
~Ini adalah Bidaah Hasanah, perbuatan yang baik.

Matlamat mengadakan sambutan Maulidur Rasul :
~memperingati dan membesarkan keputeraan nabi
~menguatkan hati dan keimanan
~tanda kecintaan kita kepada Nabi s.a.w.
~menghidupkan sunnah Nabi s.a.w.

~~Kenapa Nabi s.a.w. berpuasa pada hari Isnin? ~kerana hari Isnin adalah hari kelahiran beliau, dan cara beliau menyambut @ meraikannya dengan berpuasa..
~Alangkah bagusnya kita dapat berbuat demikian.. InsyaALLAH

0 comments:

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews