THE WEALTH OF NATIONS
12 hours ago
hmmm... something i think that good, i'll write it here.. tq everybody..
Inilah suara seorang pemimpin UMNO..Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.
Dato' Kadir Jasin dan sahabat2 blogger yang lain,Jika seorang pemimpin berkata demikian, apatah pula orang lain, yang hanya berada dibawah..
Sebenarnya saya juga merasakan bahawa UMNO tidak mewakili orang Melayu dalam hal2 sensitif seperti agama Islam dan masa depan orang Melayu. Saya selalu menyuarakan perkara ini secara terbuka. Kebimbangan ini menjadi kenyataan bila orang Melayu menolak BN dalam pilihanraya lalu, memparahkan keadaan lagi bila mana MCA juga tidak dilihat memperjuangkan kaum Cina, sementara orang India tidak menerima kepimpinan MIC lagi.
Atas dasar itulah sebagai orang Melayu yang bertanggungjawab saya meletakkan jawatan Pengerusi BN Negeri dan Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan jujur kerana bila saya melihat pemimpin MCA bertanggungjawab tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan, begitu Gerakan dan MIC.
Saya merasakan dengan perletakan itu akan membuktikan kepada kaum lain bahawa pemimpin Melayu juga berani bertanggungjawab di atas kekalahan tersebut.
Walaubagaimanapun saya akan teruskan perjuangan untuk memastikan UMNO kembali ke akar umbi dengan memperjuangkan orang Melayu melalui jiwa UMNO, iaitu mempertahankan agama Islam, dan juga memastikan orang Melayu mendapat pembelaan yang sewajarnya di negara ini. Saya juga tidak bersetuju bila mana UMNO ini ditadbir oleh segelintir mereka yang tidak menjiwai jiwa UMNO.
adv_username = "muhamadazmi";
adv_gid = "muhamadazmi_default";
adtype = "336x280";
:)