Malam Apresiasi Perdana

Malam Apresiasi Perdana (MAP)...
adalah satu malam di mana para pelajar tahun 1, Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menganjurkan bagi menghargai para Pemudah-pemudahcara (PC) dan juga Atlit kolej.
Malam ini bertemakan warna Ungu, Hitam dan Putih.
Semua pelajar yang hadir bersama-sama PC dan juga Atlit mengikut tema.
Malam Apresiasi Perdana ini dirasmikan oleh Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, Prof. Madya Dr. Kadderi Bin Mohd Desa.
Malam ini sungguh bermakna, dapat melihat kesungguhan para pelajar tahun 1, dalam menjayakan program ini walaupun hanya setahun jagung, mereka banyak mempelajari sesuatu dalam program ini. Diharapkan kesungguhan mereka berterusan. Program-program seperti ini dapat melatih para pelajar dari segi pergaulan sosial mereka, dan juga bahagian pengurusan yang mereka kendalikan. Mereka pasti dan dapat mempelajari sesuatu yang baru dan bagus untuk diri mereka sendiri.
Tahniah di ucapkan kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung ataupun tidak langsung.

~lalala~

2 comments:

  1. schlotzsky said...

    @yahoo.klu ada org pkai sweater UKM die ley kite consider ikot tema x? ngeh3  

  2. mie said...

    weh..aku ikut tema ape..warna hitam..sluar aku...hehe~
    ala...sweater tuh sejuk...hehe~
    lalala~  

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews