Kenapa...?

Kenapa???
Kenapa kita semua perlu bergaduh sesama kita...bertengkar atas sebab perkara yang kecil atau remeh temeh...tidak malukah kita dengan orang sekeliling...
Kita bergaduh kerana benda yang simple, mudah....
hmmm...pelik....kita nie bangsa melayu, buat apa kita nak gaduh sesama kita, apa faedah yang akan kita dapat daripada pergaduhan itu, rugi je yang aku tengok, makin lama makin hilang kita...kita tidak dipandang lagi dari mata masyarakat luar dan sekeliling kita...
kita seharusnya mengubah sikap kita dahulu sebelum memandang terhadap orang lain..mungkin ada salahnya yang kita nampak, salah kita kita tak tahu, aku rasa kita perlu tahu kesalahan kita dahulu, barulah kita dapat sesuatu yang bagus mengenainya...kalau kita terus je mnyalahkan orang lain, kita mungkin akan dibenci, menyebabkan orang lain menyampah...tapi pesanan aku pada semua, kita perlu menjaga hubungan sesama kita, tidak perlu kita asyik bergaduh sesama kita, sedangkan tiada hasil yang kita dapat daripadanya...
kerugian yang sangat besar bila kita bergaduh, terutamanya dalam kita berorganisasi, bergaul, berkawan, dll...
kita akan hilang sesuatu yang berharga...
aku tumpukan pada organisasi/kumpulan/groups...

kita semua bila berada dalam kumpulan, kita tidak perlu menuduh mana-mana pihak dalam usaha menaikkan ataupun membaikkan, kita perlu bermula daripada diri kita sendiri, tidak perlu kita memandang ke arah orang lain, yang penting, permulaannya daripada diri kita sendiri..tidak salah menegur rakan-rakan kita, tetapi kita perlulah menegur dengan berhemah, berbudi bahasa, supaya semangat yang ada pada dirinya tidak luntur dan hubungan sesama kita lebih erat..
sepatutnya kita perlu lebih sedar dengan apa yang berlaku...jika tidak kita tidak akan tahu dan akan menyalahkan mana-mana pihak...

janganlah kita bergaduh sesama kita...kelak kita yang akan rugi....

0 comments:

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews