Tahniah Buat Faten Khalilah !!! Congratulation !!!

Tahniah buat Faten Khalilah, khas buat adik aku. Dia dapat tawaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang perubatan. Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH s.w.t. yang memberikan adik aku peluang untuk mengambil jurusan ini.

Satu keluarga gembira mendapat berita yang dia dapat jurusan perubatan, walaupun jauh dari pangkuan keluarga tapi bagi aku tiada masalah. Memang adik aku minat nak jadi doktor. Bagus kak. Tahniah. Belajar rajin-rajin. Jangan nakal-nakal. hehe

27 Jun 2009, dia akan ke Kota Kinabalu, Sabah. Semoga dia selamat dalam segala-galanya.

All da best ya kak !!! Good luck k !!!

Bosan ...

Aku tak tau nak update apa. Hehe~

Munkin idea2 baru belum sampai lagi. Skang ngah join kursus, tuh yang bz skit. InsyaALLAH harap2 kursus ini dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada diri aku dan rakan-rakan yang lain.

Sekarang kat Malaysia ini asyik-asyik gaduh. Yang paling best bila Cik Mawar komen kat posting aku yang bertajuk Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO.
usah beratkan otak pasal nak bersatu
manusia x akan bersatu sampai kiamat
binatang yg xberpolitik pun x bersatu
yg pnting,tiap kali p/raya pangkah parti yg kita suka

*suami isteri yg dah bersatu 50 thn pun boleh bercerai
Wahh, mantap gitu. Dah la aku ambil petikan blog Kickdefella je. hehe~
Hmm, takpe la. Nak buat camne kan, binatang pon tak bersatu. Aku rasa binatang tak sama taraf ngan manusia. Takpe2, maaf la diri hamba klu hamba salah dan tuan hamba betul. Payah klu nak gaduh2 ngan orang. hohO~

K la. Selamat malam.

p/s : lepaskan apa yang terpendam, jangan biarkan ia berada dalam hati. Nanti busuk, bila busuk orang kata busuk hati. hho~

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO

Tajuk yang ditulis oleh Kickdefella ini menarik perhatian saya semasa melayari internet. Buruk sangatkah UMNO? Baik sangat ke PAS? Buruk sangat ke BN? Baik sangat ke PR? Sejenak terfikir. Mengapa?

Apa yang kita tidak puas hati? Mengapa kita tidak puas hati?

Kita ini manusia, bercakap tentang manusia, berkata-kata dengan manusia. Oleh itu, manusia itu berbeza-beza tidak seperti apa yang kita sangka. Aku pun terkena dengan emosi dan mental sendiri, kerana apa? Kerana manusia. Manusia, kadang-kadang susah untuk kita tafsirkan. Kadang-kadang terfikir, apa yang aku cakap itu betul. Kadang-kadang terfikir, betulke apa yang aku cakap.

Manusia juga tidak memahami manusia-manusia yang lain. Kadang-kadang nak marah juga kat manusia-manusia yang tidak faham, tapi sebab kita manusia kita mesti bersikap terbuka. Terlintas pula di fikiran, kalau kita bersikap terbuka susah juga. Nanti itu tak kena, ini tak kena. Nak buat macam mana? Terfikir susah, jadi susah. Oleh itu, fikirkan boleh. Sebab semua orang boleh buat sebenarnya. Kita hanya terlebih emosi. Emosi tak stabil. Ada juga yang berkata, tinggi egonya.

Nak bercakap dengan manusia pun susah. Kenapa? Manusia dilahirkan berbeza-beza. Ada uniknya. Terima kasih kepada pencipta, ALLAH s.w.t.

Sekarang, apa yang perlu kita lakukan? Bersatu? Berpadu? Menjadi satu?

Atau... Berpecah? Ikut haluan masing-masing?

Kita rakyat Malaysia, kalau tak nak di jajah lagi kita kena bersatu.

Tapi susah nak bersatu, sebab kat atas berpecah. Ada haluan masing-masing. Kuasa diutamakan. Pening-pening...

Ikuti cerita yang ditulis oleh Kickdefella.

Bukankah saya sudah dedahkan di blog ini bahawa PAS akan dibawa menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun 2009? Bukankah ramai yang terkejut dan ramai juga yang memaki hamun saya dengan pelbagai bahasa yang indah-indah. Dan bukankah ramai sudah terlupa apa yang saya tuliskan itu.

Saya bukan Nujum Pak Belalang, saya bukan kaki temberang. Tetapi apa yang jelas ialah, pada penghujung April 2009 yang lalu, pemimpin-pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional (bukan UMNO) telah di dalam beberapa sessi bertemu akar umbi memberitahu bahawa PAS akan dibawa menyertai BN pada bulan Jun 2009.

Khabarnya pada hari ini, 3 dari setiap 4 ahli parti itu mahu parti komponen tersebut segera tinggalkan BN. Parti tersebut lebih rela bersama musuh tradisinya sebagai pembangkang daripada melihat air liur mereka yang diludah ke langit sekian lama jatuh ke muka sendiri.

Bagaimana parti tersebut mendapat tahu bahawa PAS akan menyertai BN pada bulan Jun? Apakah parti itu telah diberi taklimat terlebih dahulu tentang perkara tersebut. Apakah parti-parti komponen BN yang lain juga tahu akan perkara ini?

Selepas UMNO gagal mengundang PAS menubuhkan kerajaan bersama di Selangor dan Perak pada 9 Mac 2008 dan beberapa hari kemudiannya, kedudukan Abdullah Ahmad Badawi menjadi begitu tidak stabil. Sebuah badan bernama TASK FORCE 2010 ditubuhkan dengan diketuai oleh Bekas Atache Tentera Malaysia ke Pakistan dan Pegawai Tinggi dalam Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia. Pegawai tersebut kini dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri. Beliau anak kelahiran Terengganu dan bernama Wan Abu Bakar.

Tujuannya ialah mempertahankan Abdullah Ahmad Badawi. Cara untuk mempertahankan Abdullah ialah dengan menggunakan agenda Melayu. Agenda Perpaduan Melayu ini telah menarik Nasharuddin Mat Isa untuk bersama dengan Dato’ Wan Abu Bakar. Hanya Nasharuddin yang dapat memberi penjelasan sejauh mana penglibatannya dan samada penglibatannya itu dibayar dengan wang ringgit.

Bagaimanapun TF2010 ini gagal untuk membuahkan hasil bila Majlis Tertinggi UMNO bangkit memberontak dan menggulingkan Pak Lah akibat tekanan perang saraf 16 September oleh Anwar Ibrahim.

Berkemungkinan besar, 16 September hanyalah satu ilusi dan serangan saraf. Apa yang Anwar Ibrahim mahukan ialah berlaku peralihan kuasa segera di dalam UMNO. Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin yang bersamanya tahu bahawa mereka perlukan satu peralihan kuasa di dalam UMNO untuk memberi ruang kepada yang Di Pertuan Agung melantik Perdana Menteri baru selepas Perdana Menteri yang dilantik sebelumnya meletakkan jawatan.

Diluar ruang lingkup pengetahuan media dan golongan massa, satu usaha membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan telah dibincangkan. Ustaz Hadi, Presiden PAS tidak berbohong bila dia berkata idea Kerajaan Perpaduan telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Tetapi ini tidak bermakna Haji Hadi bercakap benar. Ini kerana Kerajaan Perpaduan yang dirancang pada ketika itu bukanlah Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan Kerajaan yang ada pada ketika itu dengan pembangkang. Sebaliknya ia adalah sebuah kerajaan alternatif yang bakal menggantikan Kerajaan sedia ada.

Kerajaan Perpaduan yang cuba diusahakan pada ketika itu ialah di antara PKR, DAP dan PAS dengan beberapa parti politik kecil yang lain beserta beberapa pemimpin yang juga ahli Dewan Rakyat Melayu dari UMNO.

Apabila Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada YDP Agong, pembangkang akan mencadangkan pula kepada istana untuk mengambil kira penubuhan Kerajaan Alternatif yang dicadangkan oleh mereka.

Awal April itu, pembangkang sudah begitu hampir untuk menubuhkan sebuah Kerajaan baru. Sukar di buat spekulasi apa yang menggagalkan mereka. Namun kalau ditelitikan, beberapa minggu sebelum perletakkan jawatan Abdullah, Ustaz Hadi telah mengumumkan cadangan sebuah Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan itu adalah di antara BN dan pembangkang.

Apakah ini bermakna Haji Hadi tidak menyetujui Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sendiri lantaran beliau mengambil inisiatif sendiri dan mencadangkan yang sebaliknya?

Ramai yang melihat Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan oleh Haji Hadi adalah satu usaha terakhir oleh segelintir pemimpin didalam PAS untuk menyelamatkan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun, sudah tentu pada waktu itu, Wan Abu Bakar sendiri sudah tahu bahawa kedudukan Abdullah mustahil untuk diselematkan lagi.

Oleh yang demikian, cadangan Kerajaan Perpaduan oleh Hadi sebenarnya adalah bukti penentangan Hadi terhadap kerajaan alternatif yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sendiri.

Isu agenda Melayu hanyalah satu perang saraf anjuran TF2010 dan usaha di antara Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa. Apakah Melayu lebih lemah hari ini berbanding dengan 1988 dan 1999? Apabila UMNO diharamkan, Barisan Nasional telah pada satu ketika dipengerusikan oleh Presiden MCA. Ahli-ahli Dewan Rakyat dari UMNO telah menjadi anggota bebas buat seketika. Pada saat dan ketika itu, kewujudan dan penerimaan semula UMNO (BARU) kedalam BN berada di tangan bukan Melayu.

Pada tahun 1999, pengundi-pengundi Melayu telah secara beramai-ramai mengenepikan UMNO. UMNO dan BN terselamat dan masih berjaya mempertahankan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dengan bersandarkan sokongan padu bukan Melayu. UMNO kehilangan Terengganu iaitu negeri yang paling tinggi penduduk Melayu. Pemimpin-pemimpin besar UMNO ramai yang menang tipis termasuklah Najib Razak sendiri. Sekali lagi penguasaan politik Melayu berada dalam genggaman Bukan Melayu.

Tetapi dalam tahun 2008, majoriti orang Melayu mengundi UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 nya dan prestasi buruknya di Semenanjung Malaysia ialah kerana pengundi Bukan Melayu telah menolak BN.

UMNO sebenarnya semakin kukuh kerana peratusan perwakilannya semakin meningkat berbanding dengan rakan kongsi dalam BN.

Kehadiran ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam di Dewan Rakyat juga masih majoriti. Di dalam BN, UMNO semakin besar pengaruhnya kerana parti-parti komponen yang lainnya semakin lemah. Jadi mengapa mahu di laung-laungkan agenda Melayu?

Bukankah usaha sebenar yang patut UMNO lakukan ialah mengembalikan kepercayaan Bukan Melayu kepadanya. Agenda Melayu itu sebenarnya adalah satu perang saraf dan UMNO telah menang di dalam perang saraf tersebut.

PAS adalah biawak hidup yang sudah tentu UMNO tidak mahu memikulnya ke dalam BN. Pemimpin UMNO sedar kemasukan PAS ke dalam BN hanya akan mempercepatkan kehancuran BN dengan menimbulkan kemarahan parti-parti komponennya.

Kemasukkan PAS ke dalam BN juga akan menyebabkan pengundi Bukan Melayu merasa mereka dikhianati oleh PAS, lantaran mereka sudah tentu semakin benci kepada BN.

Agenda Melayu sebenarnya adalah satu racun, sama seperti sejenis racun lipas. Apabila racun itu dimakan lipas, lipas tersebut akan kembali ke sarangnya dan mati. Seluruh tubuh lipas itu menjadi racun. Lipas-lipas lain yang memakan lipas beracun itu akan mati dan seterusnya ini akan memusnahkan koloni lipas tersebut.

PAS sudah termakan racun tersebut. Apakah kelak ini akan menular ke seluruh koloni pembangkang?

Haji Hadi sendiri merangkak di dalam kesamaran yang penuh dengan kontradiksi bila bercakap tentang Kerajaan Perpaduan yang ditajanya. Keadaan semasa semakin bertimpa-timpa kekeliruan yang mencelarukan. PAS mahu terus bersama Pakatan Rakyat tetapi PAS mahu terus berunding dengan UMNO. Bukankah ini sebenarnya adalah agenda UMNO.

Sudah tentu UMNO mahu PAS terus berunding dengannya supaya UMNO boleh dilihat ikhlas mempertahankan penguasaan Melayu dalam arena politik dan menerusi rundingan ini, kredibiliti PAS di kalangan pengundi-pengundinya akan semakin luntur.

Pada waktu yang sama UMNO sudah tentu mahu PAS terus bersama Pakatan Rakyat kerana kemasukan PAS ke dalam BN hanya akan mempercepatkan kehancuran BN dan bukan membantu membaik pulih BN untuk berdepan dengan pilihanraya akan datang. Dengan PAS terus berada di dalam Pakatan juga, UMNO boleh terus menggunakan ketidak tentuan dalam PAS untuk menghancurkan Pakatan.

Oleh yang demikian, bila anda mendengar ada di antara pemimpin-pemimpin PAS berkata, “kita akan terus berunding dengan UMNO dan akan terus bersama Pakatan”, fikirlah masak-masak dan ingatlah kalimah ‘Boneka UMNO’ yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz yang amat-amat kita sayangi itu.

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

Perjuangan Pribumi Harus Diperbetulkan

Jom ikuti tulisan Ibrahim Ali. Pada masa kini semua isu menjadi sensitif. Kalau orang Melayu berkata tentang hak, orang itu akan dilabelkan sebagai rasis. Akan tetapi apabila bukan Melayu berkata tentang hak, mereka kata mereka mempertahankan hak. Haih. Habis tuh orang Melayu nie hanya boleh duduk diam je ke? Tak boleh cakap pape ke? Bukankah dah termaktub dalam perlembagaan, semua harus ikut. Buat apa ada perjanjian kalau tak nak ikut. Kononnya perjanjian dah lapuk, tak boleh guna pakai. Oleh yang demikian, semua keistimewaan terhadap lain-lain harus ditarik balik. Tak gitu???

Pening betul.

---

Pribumi Malaysia, terutamanya orang Melayu, sedang dilanda dilema politik dan ekonomi. Hakikat ini tidak boleh dinafikan. Faktor-faktor penyebabnya berada di depan mata. Kesannya sedang kita rasakan. Implikasinya semakin mencabar. Kalau gagal ditangani, dilema ini boleh menyebabkan nasi menjadi bubur, orang Melayu rugi besar, ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan, Tanah Melayu mungkin menjadi milik orang.

Contohnya, satu: kuasa Melayu dalam pemerintahan Malaysia kini semakin hari kelihatan seolah-olah kian terhakis. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 adalah manifestasinya.

Dua: baru-baru ini, UMNO dilanda krisis kredibiliti dan dicemari amalan rasuah politik yang serius. Tindakan disiplin kepada beberapa calon jawatan utama UMNO dalam pemilihan parti berkenaan pada Mac 2009 yang lalu adalah buktinya.

Tiga: pada hujung tahun lalu, wibawa UMNO selaku teras kepada Barisan Nasional (BN) dipersendakan oleh beberapa parti komponen BN sendiri. Kontroversi mengenai ketuanan Melayu dan asal-usul Melayu yang dicetuskan oleh MCA dan Gerakan pada Disember 2008 adalah bukti fenomena ini.

Empat: parti-parti Melayu alternatif, khususnya Pas, juga dalam keadaan yang dipertikaikan. Sikap, gelagat, kenyataan serta tindakan sesetengah pemimpin serta penyokong Pas baru-baru ini menjadikan persepsi ini lebih berasas.

Lima: Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku parti pelbagai etnik yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu, kini seakan-akan mempertaruhkan nasib dan masa depan bangsa Melayu kepada segolongan pemimpin politik bukan Melayu, semata-mata kerana pemimpin besar parti berkenaan dikatakan terlalu ghairah untuk berkuasa. Krisis moral pemimpin tertentu dalam PKR kini menjadikan parti itu lebih gawat.

Enam: hak-hak serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perdagangan, perniagaan dan pendidikan, kebelakangan ini diungkit-ungkit oleh segolongan bukan Melayu. Desakan terhadap kuota biasiswa pelajar Melayu dan Bumiputera, serta kritikan mereka terhadap kuota 30 peratus dalam ekonomi negara yang dikhaskan kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah contoh mengenainya.

Inilah dilema pribumi, khususnya orang Melayu di abad ke-21. Dilema ini perlu segera diatasi oleh semua orang Melayu, professional Melayu, cendekiawan Melayu, parti politik Melayu dan seluruh pemimpin Melayu melangkaui batas-batas kelompok serta ideologi.

Takrif dilema

Menurut Kamus Besar Utusan Melayu, dilema maksudnya masalah yang menyebabkan manusia jadi serba salah, sulit, sukar dan bingung. Ikut tafsiran Kamus Dewan Bahasa, dilema ertinya keadaan yang menyebabkan manusia terpaksa membuat pilihan antara dua tindakan, tetapi kedua-duanya tidak menyenangkan atau tidak menguntungkan. Kamus Besar Indonesia menyatakan, dilema adalah situasi sulit, membingungkan dan tidak menyenangkan.

Menurut pepatah, bidalan atau peribahasa Melayu, dilema adalah keadaan di mana yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran; ditelan mati emak, diluah mati bapak; ayam ditambat disambar helang, padi ditanam tumbuhnya lalang. Pendek kata, dilema adalah keadaan yang merunsingkan, membimbangkan, membingungkan, merugikan, dan membahayakan umat manusia.

Definisi Melayu

Orang Melayu adalah pribumi Malaysia yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu (Perlembagaan Persekutuan Artikel 160).

Orang Cina dan orang India yang kini jadi rakyat Malaysia, asal usulnya adalah daripada tanah besar China dan India. Nenek moyang mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu secara besar-besaran oleh penjajah British mulai tahun 1871.

Inilah bezanya orang Melayu dengan keturunan Cina dan India di negara ini. Orang Melayu adalah pribumi. Oleh sebab itulah 'Kepala Utama Negara' bagi Malaysia adalah orang Melayu, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Perlembagaan Persekutuan Artikel 32).

Oleh sebab itu agama rasmi kita adalah Agama Islam (Perlembagaan Persekutuan Artikel 3). Oleh sebab itu bahasa kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Melayu (Perlembagaan Persekutuan Artikel 152).

Oleh sebab itu juga, walaupun Perlembagaan Persekutuan Artikel 8 memaktubkan soal-soal equality kepada semua rakyat Malaysia, orang Melayu dan Bumiputera tetap menerima hak dan keistimewaan menerusi Artikel 153 dalam Perlembagaan yang sama.

Berdasarkan semua ini, orang Melayu dan Bumiputera mestilah pertahankan keistimewaan ini. Kita wajar bersuara dengan tegas, kita adalah pribumi Malaysia. Patah sayap bertongkatkan paruh, negara mesti kita pertahankan pada setiap masa.

Dilema Politik

Kita semua arif mengenai politik. Mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok adalah politik. Kumpulan baju kuning menyerang puak baju merah di Thailand adalah politik. Karpal Singh membidas Anwar Ibrahim adalah politik. Ibrahim Ali dikecam orang Pas, pun politik. Kesemuanya adalah politik kerana politik adalah mengenai manusia dan kuasa.

Ramai sarjana Islam membicarakan soal politik. Pemikiran politik Islam moden boleh dibaca dalam buku-buku Jamaluddin al-Afghani, Mohammad Abduh, Muhammad Rasyid Rida, Hasan al-Banna, Sayyid Qutub, Muhammad Husein Heikal dan lain-lain.

Imam Al Bujairimi contohnya, menyatakan, politik atau siasah, adalah kaedah memperbaiki dan merencanakan urusan rakyat. Ibnul Qoyyim menyebutkan dua jenis politik. Satu: siasah shohihah atau politik yang benar. Dua: siasah fasidah atau politik yang salah.

Ibn Khaldun pula berpendapat, politik adalah kaedah penyusunan sesebuah bandar raya berasaskan etika dan kebijaksanaan supaya para penduduknya boleh mengikut satu jalan ke arah memelihara serta melindungi umat manusia seluruhnya.

Para sarjana Barat juga membicarakan politik. Adam Smith, Immanuel Kant, John Locke, Karl Marx, Max Weber, dan Thomas Hobbes, secara umumnya mentakrifkan politik sebagai seni kekuasaan.

Sarjana realis klasik seperti Machiavelli menyatakan, kuasa politik perlu dipertahankan secara berani dan bijaksana. Morgenthau selaku sarjana realis neo-klasik berpendapat, politik adalah perjuangan mengenai kuasa. Demi kuasa, matlamat boleh menghalalkan cara.

Kepada saya, politik adalah seni memperolehi kuasa secara berhemah, demokratik dan menurut lunas undang-undang. Setelah kuasa diperolehi, ia hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya, seadil-adilnya dan setegas-tegasnya demi kesejahteraan rakyat jelata.

Di Malaysia, kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin, mestilah pertama sekali digunakan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera dan kesejahteraan lain- lain rakyat jelata.

Pendek kata, politik di Malaysia mestilah mengutamakan pencegahan apa jua tindakan dan keputusan yang boleh menghakis atau melenyapkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Raja-Raja Melayu sebagai payung rakyat, bangsa Melayu serta Bumiputera sebagai pribumi dan lain-lain etnik sebagai rakyat senegara.

Sejarah Bangsa Melayu

Dalam konteks perjuangan di atas, wujud dilema politik orang Melayu dan umat Islam Malaysia pada hari ini. Sebabnya, hari ini ada orang Melayu yang lupakan bangsanya, asal-usulnya dan kegemilangan sejarahnya.

Mereka lupa bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang besar dan bermaruah. Menurut Nik Azmi Nik Daud (2000), kebanyakan orang Melayu beranggapan bangsa Melayu adalah masih muda dan sejarah bangsa Melayu cuma bermula dengan tegaknya Kesultanan Melayu Melaka. Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah wujud lebih lama daripada Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut Nik Azmi, Kedah di utara Semenanjung, telah dirakam dalam sejarah China, sejak Dinasti Liang (502-557). Di Perak, para pengkaji sejarah mempunyai bukti wujudnya kerajaan-kerajaan purba sejak kurun ke-5 Masehi. Lebih 1,300 tahun dulu kerajaan Gangga Negara yang dipercayai di Beruas, Perak, telah tegak sebagai sebuah kerajaan besar.

Peta Tanah Melayu yang dilukis oleh Ptolemy pada kurun kedua, menunjukkan terdapat dua buah pelabuhan di pantai timur Semenanjung, iaitu Kole dan Perimoula. Kedua-duanya terletak di Terengganu. Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu menunjukkan seawal tahun 1303 Islam telah tiba di Terengganu.

Menurut Nik Azmi lagi, dalam eksiklopedia Ma Tuan-Lin ada dinyatakan mengenai suatu tempat bernama Ko-lo yang dikatakan mempunyai hubungan dengan China sejak zaman pemerintahan Dinasti Han (206 S.M-221 Masehi).

Kebanyakan sejarawan yakin, Ko-lo adalah Kelantan. Catatan-catatan China pada kurun ketujuh Masehi juga ada menyebut mengenai Ho-lan-tan dan Kou-lan-tan, iaitu Kelantan. Pendek kata, daripada sudut mana sekali pun, bangsa Melayu memang mempunyai sejarah yang amat panjang dan lama di Tanah Melayu.

Demikianlah hakikatnya sebelum Empayar Melayu Melaka wujud pada 1403. Sesudah kebangkitannya, Empayar Melayu Melaka pula disifatkan sebagai emporium perdagangan antarabangsa.

Menurut Asrul Zamani (2002), seorang penulis Portugis bernama Tom Peres menyatakan, Melaka adalah pelabuhan perdagangan yang terbesar di dunia sewaktu Portugis mula menerokai dunia Timur.

Malangnya, Empayar Melayu Melaka yang menjadi pelabuhan strategik kepada perdagangan antara Asia Timur dan Asia Tenggara dengan Asia Selatan dan Asia Barat, ditawan oleh Portugis pada 1511.

Menurut Afonso de Albuquerque (1995), Portugis menyerang dan menjajah Melaka untuk menghalau orang Melayu dan umat Islam daripada Tanah Melayu bagi menghalang pengaruh Islam daripada terus berkembang.

Dengan cara ini, umat Islam akan hapus sama sekali. Ini kerana sebelum kedatangan Portugis, kebanyakan orang Melayu dan umat Islam adalah golongan berkuasa, kaya, berpengaruh serta memiliki harta yang tidak ternilai jumlahnya.

Oleh sebab itu Raja Portugis berpendapat, Melaka adalah tempat terbaik untuk menghalang pedagang Islam Kaherah, Mekah dan Jeddah daripada meneruskan kegiatan mereka.

Keagungan sejarah bangsa Melayu ini adalah berasaskan bukti-bukti nyata. Oleh sebab itu, Nik Azmi menyatakan, orang Melayu sesungguhnya mempunyai hak yang istimewa ke atas Tanah Melayu. Hak ini mesti dipertahankan. Hak ini tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa.

Tetapi, perjuangan mempertahankan hak orang Melayu kini menjadi satu daripada dilema politik orang Melayu di abad ke-21. Banyak faktor yang menyebabkan dilema ini. Antaranya adalah seperti berikut.

Pada penghujung 2007, satu pertubuhan haram bernama Hindraf menuduh kononnya UMNO melakukan genocide dan pembersihan etnik ke atas keturunan India di Malaysia. Pertubuhan itu menuntut ganti rugi RM1,000,000 bagi setiap mereka yang terkorban (butiran 12 dalam memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri Malaysia 12 Ogos 2007).

Pada 28 November 2008, Ketua Wanita MCA menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak relevan pada hari ini kerana semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau menyokong kenyataan seorang Timbalan Presiden MCA mengenai perkara yang sama pada 27 November 2008 (Utusan Malaysia).

Pada 30 November 2008, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan tuan dengan hamba (Utusan Malaysia).

Pada 6 Februari 2009, seorang pemimpin Pas diberitakan akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 26 Februari 2009, ADUN DAP Skudai di Johor, Dr. Boo Cheng Hau menuduh kononnya dasar-dasar afirmatif untuk Melayu dan Bumiputera adalah serupa dengan dasar aparteid (The Malaysian Insider 26.2.2009).

Pada 14 Mei 2009, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut. Beliau juga mahu pemberian biasiswa itu dilakukan berasaskan meritokrasi, dengan tidak menafikan peluang pelajar cemerlang (Utusan Malaysia).

Pada 17 Mei 2009, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Yong Khoon Seng juga mendesak supaya pemberian biasiswa JPA diberikan mengikut sistem meritokrasi tanpa mengira pelajar itu daripada kaum Bumiputera atau bukan Bumiputera (mysarawak.org 17.5.2009).

Pada 20 Mei 2009, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan meminta Chin Peng selaku bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) diizinkan pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan (Malaysiakini 20.5.2009).

Pada awal Jun 2009, Presiden MIC mengatakan Awang Selamat, kolumnis Mingguan Malaysia, perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana kolumnis itu memperkatakan fakta sejarah mengenai etnik India di Malaysia.

Banyak lagi contoh jika mahu dihuraikan satu persatu, temasuklah tuntutan supaya bukan Melayu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apapun, seluruh kenyataan di atas menyebabkan adanya orang Melayu yang mulai bimbang terhadap masa depan bangsa Melayu di Malaysia.

Ada orang Melayu yang mulai dibelenggu dilema siasah. Ada golongan Melayu yang mulai jadi acuh tak acuh terhadap nasib serta kelangsungan bangsanya. Ada pula kelompok Melayu liberal dan universalis yang rela mengetepikan fakta-fakta sejarah bangsanya sendiri.

Kecelaruan seperti ini di kalangan orang Melayu adalah berbahaya. Ia boleh menyebabkan survival bangsa Melayu di Malaysia di hari muka terumbang-ambing bagaikan layang-layang terputus tali.

Inilah dilema politik Melayu di abad 21. Jika sewaktu perjuangan menentang penjajah British pada 1946, orang Melayu sentiasa bersatu padu untuk menjadi kuat dan teguh, hari ini orang Melayu berpecah belah.

Pendek kata, segolongan orang Melayu pada ketika ini sudah tidak lagi menghargai kata-kata Datuk Onn Jaffar pada tahun 1946, bahawa orang Melayu wajarlah melonjak dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa Melayu menerusi perpaduan supaya tanah air dan bangsa Melayu terselamat dan kuat.

Oleh itu, orang Melayu mestilah insaf akan hal ini. Maruah kita sedang dicabar. Masa depan kita terumbang-ambing. Keistimewaan kita dipersoalkan. Raja-Raja Melayu dipersenda-sendakan. Kita perlu kembali bersatu demi masa depan kita bersama.

Kita perlu gabungkan seluruh tenaga dan pemikiran kita untuk mempertahankan Melayu dan ketinggian syiar Islam dalam konteks Malaysia yang majmuk. Kalau kita berpecah belah, kita akan kalah. Kalau kita terus berbalah, kita akan dibelah-belah.

Kalau kita bersatu, suara dan tindakan kita akan jadi jitu, dihormati dan digeruni oleh pihak kawan dan lawan. Oleh sebab itu, marilah kita bersatu padu demi orang Melayu dan demi rakyat Malaysia seluruhnya.

Orang Melayu juga mesti tidak takut dan tidak gentar untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan kita di bumi bertuah ini. Kita tidak perlu curiga untuk menyatakan hakikat bahawa Melayu adalah paksi kepada segala-galanya di Malaysia yang berbilang keturunan.

Sejarah Melayu adalah paksi kepada sejarah Malaysia. Kebudayaan Melayu adalah paksi kebudayaan Malaysia. Kesejahteraan Melayu adalah paksi kepada kesejahteraan Malaysia. Kemakmuran Melayu adalah paksi kepada kemakmuran negara. Kestabilan politik Melayu adalah paksi kepada kemantapan siasah nasional.

Segolongan pihak bukan Melayu yang sering mempertikaikan keistimewaan orang Melayu di Malaysia mestilah insaf bahawa orang Melayu memang sentiasa rela untuk berkongsi kuasa dengan bukan Melayu di negara ini.

Hakikat ini terbukti bila orang Melayu langsung tidak membantah tindakan British menjadikan pendatang Cina dan India sebagai warganegara Malaysia menerusi kemerdekaan tanah air pada 1957.

Tapi, janganlah bersikap seperti Belanda minta tanah: dah diberi seinci, nak lagi sekaki. Janganlah jadi duri dalam daging. Jangan pura-pura lupa kepada sejarah. Jangan dicabar kewibawaan Melayu. Jangan diuji kesabaran orang Melayu.

Hidup kita bersama yang aman, makmur, rukun dan damai selama ini jangan diharu-birukan. Masa depan kita bersama sebagai rakyat Malaysia, jangan digerhanakan dengan tuntutan demi tuntutan yang ekstrem dan melulu. Hormatilah orang Melayu dan Bumiputera sebagai pribumi.

Oleh Ibrahim Ali
Sumber : Utusan Malaysia Online

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

Never Give Up !!!

Yes.. What you are going to do is never give up. OK !

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

Sebuah Kisah 20

Berjalan-jalan di alam maya. Aku terjumpa satu posting yang menarik perhatian aku. Tajuk posting "Syarat Untuk Merogol". Kredit untuk Mr Joe. hehe~ (aku curi tau...)

Hmm... ikuti kisah 2 sahabat ini.

---

man dan wan merupakan kawan baik. sejak dari kecil lagi mereka diasuh dengan didikan agama yang mantap. tapi mereka berdua hanya belajar dari segi definisi, praktikalnya belum sampai. ini membuatkan mereka berdua agak jahil dalam kehidupan mereka. nasib baik ada tok bilal husin yang tidak lokek memberi pengajaran.

mereka berdua berbual di satu petang yang indah dibwaha pohon rambutan

man : serius wan, aku dah tak tahan ni!
wan : tak tahan apa pulak ko ni?

man : aku nak rogol lia!
wan : gila ke apa ko ni? bawak mengucap!

man : betul wan. aku da kemaruk dia dah ni
wan : ko ni. berdosa besar kau tau!

man : aku tak kira dosa dah wan. aku boleh jadi gila dah ni
wan : hissh. runsing aku. meh aku bawah ko pergi jumpe tok bilal husin

man : buat apa??? aku bukannya gay
wan : laaa. bukannya aku suruh ko rogol pak bilal tu. nak bagi ubat sikit

man : ubat apa?
wan : hari tu aku nak curi barang. dia cakap boleh. tapi ada syarat

man : ko biar betul. curi tu dosa ko tau
wan : weeeh. macam kau nak rogol lia tu tak berdosa!

man : aku ni dah kategori tahap wajib dah ni
wan : kawin. tu cara dia

man : mana la lia nakkan aku ni wan.
wan : dah dah. jom jumpe tok bilal husin

man dan wan pergi jumpe tok bilal husin. semak samun diredah. man rasakan dia boleh menempuh semua syarat yang dikemukakan oleh tok bilal husin nanti

sin = tok bilal husin

man : sini ke wan?...
wan : ye... tok.. oohh tokkk. cu datang ni
sin : iye, tok ada ni

man : tok, wan bagitau saya, tok ada tau syarat untuk bolehkan kita merogol orang
sin : iye, ada je. semua benda kat dunia ni ada syaratnya sendiri

man : biar betul tok. bagitau bgtau
sin: kamu ni gelojoh beno. sabo la.

man : mana boleh sabo2 tok. masa tu emas
sin: aisshhh. pandaim pulak kamu ni.

man : nak idup mesti la kene pandai
sin: ye laaa. ok, denga sini syaratnya. kamu patuh satu pon dah cukup. ada 5, tapi kalau buat satu pon dah ok. tapi kalau 5 5 kamu tak boleh nak tunai syarat tu, jangan duk buat pulak

man : 1 pon ok? bagusss. 5 5 saya tunai tok! semangat ni
sin: ye laaa. denga ni

man : mendengar...
sin: 1, kalau nak buat maksiat, kamu jangan nak makan rezeki allah

man : haa? mana boleh. semua rezeki datangnya dari allah. mana boleh buat...
sin: laaa, tadi cakap nak buat 5 5. dengar satu pon dah cuak ke?

man : tok ni.. yang ni sah sah la takley. bagi syarat lain
sin: ok. kedua, jangan tinggal di bumi allah kalau nak buat maksiat

man : aik. takkan nak naik ke bulan. bulan pun milik allah tok...
sin: laa, dah tu? nam lagi syarat. ok tak ni? boleh buat?

man : mana boleh.... syarat ke3?
sin: haisshh. tadi belagak! syarat ke3, nak buat maksiat jugak, contohnya nak rogol orang, pastikan buat ditempat tersembunyi. yang allah tak nampak

man : laaa. saya dari tadika lagi belajar yang allah maha melihat. mana ada tempat yang DIA taknampak... mana boleh ni tok.. tak jadi ni. yang ke4?
sin: tau pon. ok, ke 4, kalau malaikat maut nak ambik nyawa kamu tu nanti, bagitau kat dia yang nak mintak tangguh dulu. nak betobat dulu baru ambik nyama kamu tu

man : tok gurau ni.. mana boleh mintak tangguh, ingat malaikat maut tu macam kawan kita ke?
sin: eh eh eh, syarat nak oi. boleh ke tak buat?

man : tak boleh... ok, ke 5 yakin boleh buat!
sin: andai la kamu tak sempat bertobat, masuk neraka free free. nanti masa malaikat penjaga pintu neraka suruh kamu masuk neraka, kamu bagitau yang kamu tak nak. nak masuk syurga, bukan neraka.

man : looh. yang ni lagi mustahil. malaikat tu macam mana tak tau. ingat senang2 ke boleh mintak gitu
sin: tau pon kamu

man : tau apa tok?
sin: ye la, tau pon semua tak boleh buat. tapi nak buat? kamu ingat maksiat kamu buat allah tak nampak? kamu ingat takde pembalasan dari dia nanti? bajet kamu hebat boleh terlepas semua tu?

man : tak tok... saya lemah
sin: dah lemah, nak buat lagi?

man : tak mahu dah...
sin: kamu balik, kamu fikir dulu. kamu rasa boleh tunaikan syarat tu, kamu jumpe tok

man : memang sah tak boleh tok...
sin: tau takpe. so, jangan buat maksiat yaa

man : ye la.. tak jadi... huhuk...tok sengaja kenakan saya
sin: hehehehehe.

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

1. Marry the right person. This one decision will determine 90% of your happiness or misery.

2. Work at something you enjoy and that’s worthy of your time and talent.

3. Give people more than they expect and do it cheerfully.

4. Become the most positive and enthusiastic person you know.

5. Be forgiving of yourself and others.

6. Be generous.

7. Have a grateful heart.

8. Persistence, persistence, persistence.

9. Discipline yourself to save money on even the most modest salary.

10. Treat everyone you meet like you want to be treated.

11. Commit yourself to constant improvement.

12. Commit yourself to quality.

13. Understand that happiness is not based on possessions, power or prestige, but on relationships with people you love and respect.

14. Be loyal.

15. Be honest.

16. Be a self-starter.

17. Be decisive even if it means you’ll sometimes be wrong.

18. Stop blaming others. Take responsibility for every area of your life.

19. Be bold and courageous. When you look back on your life, you’ll regret the things you didn’t do more than the ones you did.

20. Take good care of those you love.

21. Don’t do anything that wouldn’t make your Mom proud.

I got this article from HomeBusiness.

So, i got to make the changes to be successful person in this world.

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

Adobe Photoshop CS 4 : Portable

Thanxs buat Luth & TheTuts untuk Adobe Photoshop CS 4.

Sekarang aku nak mencari tutorial untuk Adobe After Effect yang senang dan mudah untuk difahami, sebab nak belajar edit2 video. Rasa macam menarik juga jika aku tau sikit sebanyak pasal video editing. Ala, saja2 nak maen2 ngan video. :)

So, sapa2 ada tutorial yang best2 n ada link untuk tutorial tuh ley ar bagi kat aku. ehe~

Thanxs semua :)

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

Subjek Teras SPM Dikurangkan? Tinggal 4 Sahaja.

Tengah-tengah tak boleh tidur nie layan tenet dlu, alih2 masa bukak Utusan Malaysia Online terkedu seketika baca berita ini "4 subjek teras SPM?" (ada kat bawah ini). Daripada 6 subjek, sekarang nak turun kepada 4 subjek, gara-gara tindakan mengehadkan kepada 10 subjek sahaja untuk SPM.

Tindakan mengehadkan itu wajar, kerana yang mendapat berbelas-belas A dikatakan pintar, pandai dan lain-lain walhal ramai juga yang pintar, pandai dan lain-lain. Lagi satu apabila subjek dihadkan, kualiti akan lebih terjamin. Bermakna guru-guru boleh memberi lebih perhatian kepada para pelajar di sekolah mereka.

Pada pendapat saya tentang subjek teras, ianya menjadi sesuatu yang wajib. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains. Keenam-enam subjek ini penting bagi setiap pelajar. Jika hanya 4 subjek teras sahaja yang perlu diambil oleh para pelajar, subjek apakah yang menjadi pilihan hati untuk diletakkan sebagai subjek teras. Adakah Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains (ada 16 kebarangkalian untuk menetapkan subjek teras... jika tak salah .. ehe), tapi atas dasar apakah yang menetapkan subjek teras ini.

Jika BM tiada? ataupun BI tiada? ataupun Pendidikan Islam/Moral tiada? ataupun Sejarah tiada? ataupun Matematik tiada? ataupun Sains tiada?

Bagi saya lagi keenam-enam ini ada baiknya dijadikan subjek teras dan tidak perlu diturunkan kepada 4 sahaja subjek. Malaysia + pelajar + guru + sekolah pening dengan sistem tak lama lagi. Pak Menteri hanya mencaturkannya, silap nanti ubah lagi. Bincang sana bincang sini, sampai sekarang PPSMI tak selesai lagi. Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini, politik berlebihan setiap hari. Rakyat pendam dalam hati, pemimpin kerajaan yang dibenci. Kenapa ini terjadi, sikap sombong dan bongkak diri.

Apa yang perlu kita hadapi, pergolakan politik harus dihenti. Rakyat inginkan harmoni, tapi apakan daya sengketa antara parti. Apa lagi yang terjadi, menjadi iktibar parti.

Mengarut aku di pagi hari, keluarkan pendapat yang tebuku di hati. Sampai sini aku berhenti, sehingga berjumpa lagi.

Selamat malam semua. Kejutkan aku jam 6 pagi. Nak solat + bersiap-siap ke USIM jap 7 pagi. Erkk... huhu~

---

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan muktamad untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat ini.

Menteri Pelajaran itu menegaskan, pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut.

Beliau berkata, langkah tersebut diyakini dapat melegakan kebimbangan sesetengah pihak yang berasa khuatir dengan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mengehadkan pengambilan tidak melebihi 10 mata pelajaran dalam SPM.

‘‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras.

‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM pada masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.

Semalam, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan tidak lebih 10 mata pelajaran di kalangan calon SPM mulai tahun depan adalah hasil kajian mendalam pelbagai pihak.

Beliau berkata, kajian itu menunjukkan fokus tidak harus terhadap bidang akademik semata-mata sebaliknya penekanan yang sama perlu diberikan perkara lain.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya sedia maklum keputusan berkenaan menimbulkan rasa bimbang di kalangan sesetengah pihak termasuk dibantah oleh MIC baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun kebimbangan itu wujud namun beliau yakin ia tidak menjejaskan pencapaian calon-calon SPM.

‘‘Saya tak bimbang tentang perkara itu tapi penjelasan muktamad akan dibuat dalam terdekat ini untuk beritahu kedudukan yang terakhir sekali,’’ katanya.

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

Kisah Bukit Kepong Masih Dalam Ingatan

Aku baru lepas menonton filem Bukit Kepong. Inilah mengapa pihak polis, tentera dan seangkatan dengannya tidak mahu membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia. Ibarat parut lama berdarah kembali.

Hingga kini, ingatan tentang komunis tidak akan luput dalam sejarah.

Kini polis juga berdepan dengan peperangan. Siang dan malam mereka berjaga kerana keamanan, akan tetapi akhir-akhir ini ramai pihak yang seolah-olah melihat polis dari segi keburukan sahaja. Bukan dari segi kebaikan. Walhal dengan adanya pihak polislah, kita dapat tidur dengan lena, bermain-main dengan gembira, berjalan-jalan dengan aman, bergurau senda tanpa risau tentang ancaman dan lain-lain perkara.

Seharusnya yang buruk itu patut diperbetulkan, bukan menunding jari sepenuhnya kepada mereka. Seolah-olah orang yang menunding jari itu tidak berbuat salah. Haih...

---

Wikipedia : Peristiwa Bukit Kepong.

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Permulaan

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan

2. Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Selanjutnya

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Mereka yang terselamat

Anggota Polis

1. Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
2. Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
3. Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
4. Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

1. Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar
2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4. Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

Mereka yang terbunuh dalam pertempuran

Anggota Polis

1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal Jidin Omar
4. Konstabel Hassan Osman
5. Konstabel Hamzah Ahmad
6. Konstabel Jaafar Hassan
7. Konstabel Muhamad Jaafar
8. Konstabel Marin Ibrahim Adam
9. Konstabel Abu Mohd Ali
10. Konstabel Abu Kadir Jusoh
11. Konstabel Marin Awang Ali
12. Konstabel Marin Basiron Adam
13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad

Polis Bantuan

1. AP Samad Yatim
2. AP Mahmood Saat
3. AP Ali Akop
4. AP Othman Yahya

Keluarga Anggota

1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng

---

Iklan : Nak tempah banner @ bunting? Call Azmi - 012 939 8186 / 019 233 8186

Love Mathematics !!!

AzmIe_(,)

 


© Muhamad Azmi Bin Zulkipli
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 14 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Muhamad Azmi Bin Zulkipli.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog AzmIe_(",).Terima kasih.

Inspired By lilicomel Edited By AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every.Sponsored by Business Web Hosting Reviews